Baju kemeja biasanya mempunyai butang di bahagian dada dan pergelangan tangan. Ada kalanya semasa menggosok pakaian berdekatan butang, pergerakan hujung seterika tersekat pada butang dan kain menjadi renyuk.
Untuk mengelakkan masalah itu, tutup butang dengan menelangkupkan sudu dan gosok seperti biasa. Anda akan dapati kerja menggosok menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment