Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Thursday 28 November 2013

Six-Pack atau V shape...?


entry kali ni hadee nak bawakkan pasal lelaki..
mana satu lelaki lebih obses, antara Six-pack atau V shape pada abdomen dieorang,
memang tak di nafikan sangat susah nak mendapatkan bentuk six-pack dengan v shape yang ideal, 
bak kate orang tua-tua kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
hehe, okay dekat sini hadee ade sedia kan gambar, mybe akan inspire semua yang kunjung blog hadee yang tak seberapa ni.. hehe hope korang enjoy keyh.. 












apabila kawan makan kawan

Kawan Makan Kawan? Lama aku tak dengar istilah itu digunakan...kalau dalam bahasa Inggeris..backstabber ! .. adakah istilah Kawan Makan Kawan ini macam ikan makan ikan ? Ye la..macam ikan paus makan ikan lebih kecil..atau macam ikan haruan makan anak ikan.... tentunya tidak kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain..terutamanya kawan rapat...yang boleh dikatakan tido sebantal, makan sepinggan.... Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ? Banyak perkara boleh memuat seseorang kawan yang rapat..macam adik beradik boleh khianat kawan sendiri...

Salah satu faktor utama ialah perasaan cemburu..irihati. Kalau berkaitan cinta dan perasaan..biasanya berebut kekasih..buah hati kawan. Kalau dikalangan wanita..biasa berebut teman lelaki kawan yang handsome..kacak bergaya dan kaya...malah sanggup memfitnah kawan sendiri semata-mata nak dapatkan cinta teman lelaki kawan sendiri..begitu juga dikalangan kaum lelaki yang berebut wanita yang cantik..bergaya...dan hemmm...berduit.. Lelaki lagi dahsyat perangainya bila berebut wanita...sanggup menipu kawan sendiri...malah lebih teruk....ada yang sanggup m#******# teman wanita kawan sendiri...

Andainya berkaitan dengan kerja...seorang kawan rapat boleh khianat kawan sendiri kerana berebut jawatan yang lebih baik...sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat jawatan yang lebih baik...atau burukkan nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi...sindrom kawan makan kawan ini banyak berlaku di pejabat kerajaan...terutamanya yang kuat mengipas..kuat membodek bos..untuk memperoleh jawatan yang lebih baik dalam organisasi..walaupun lebih banyak goyang kaki daripada melakukan kerja..atau pun tak reti nak buat kerja sendiri..asyik-asyik arahkan orang lain...atau dengan kata lain..pegawai sila..

Kadangkala kawan seperti ini boleh buat muka selamba...walhal setiap hari mengutuk dan memburukkan kawan dihadapan ketua jabatan atau pihak pengurusan...kerana takut kawan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja...bak kata orang takut pekungnya terdedah..maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah...takut dengan bayangan sendiri. Sindrom atau penyakit ini tidak mengira jantina...lelaki dan wanita..sama sahaja.. sebab itu....Awas!!..

Orang yang amalkan sindrom Kawan Makan Kawan ini...biasanya...mempunyai banyak kelemahan...pandai bercakap kurang bekerja...suka merendahkan keupayaan orang lain..merasakan dirinya seorang sahaja yang terbaik..pandai.....tapi bila diberi tugasan ..hampeeeeh!!..sering sangsi terhadap tindak tanduk orang lain....berperasangka negatif terhadap orang lain.... sentiasa ambil kesempatan ke atas orang lain... mudah percaya khabar-khabar angin.....membuat keputusan tanpa usul periksa... dan paling teruk...mempunyai penyakit hati yang sukar diubati...iaitu Dengki!


Friday 1 November 2013

Semester II tahun II ILKKM

huh! entry kali ni hadee nak cerita kan sepanjang suka duka....
dua tahun akan berlalu.. macam macam cerita. okay, kita mula dari awal masuk sem..
ha! awal2 sem dulu memang agak kekok sangat sebab bermula nya klinikal area sepenuhnye, macam sem sebelom2 nih agak tidak mengerti kehidupan berpraktikal,
so sem 4,5,6 nih la hadee and mmber semua kene grab a chance!!
huh, bermulanya semester ni hadee dapat dekat
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH.
Wad Surgikal 2A 
huh, sangat mencabar kerja di sini kerana tempatnye yang complecated and busy always.. hehe
sampaikan masa untuk rehat pun takade..
staff semua okay termasuk Sister yang menjaga wad nih.. haha
wad surgikal ni tempat di mana semua pesakit yang bakal, akan dan lepas melakukan pembedahaan akan ditempatkan disini.
sebulan berlalu penuh dengan pengalaman di wad ini.
kite beralih pulak ke bulan yang seterusnya,
hospital rasanya semua orang tahu
HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN @ HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA.
Wad Kebun, Wad Forensik, Wad Dalam 15,16,17 and .... , Wad Kemasukan Lelaki/Perempuan
hadee tak taw kenapa dieorg sini tak guna land mark Tanjung Rambutan tu,
mybe nak ubah persepsi tanggapan orang kot, asal sebut Tanjung Rambutan je mesti ingat orang gila.
sebenarnya kebanyakkan mereka yang berdaftar sebagai pesakit di HBUK singkatan Hospital Bahagia ni hampir 80% mental problem akibat dari pada drug induced..
kalau kita start pengembaraan dalam hospital ni sahri memang tidak mencukupi, kerana keluasan hektarnya sangat terbesar dalam Malaysia.
menarikkan, bagi mereka yang suka dan gemar bersosial dengan cara mengambil akohol, dadah dan sebagainya harap2 berfikir panjang lah ye :P.
huh pengalam dekat HBUK orang biasa memang tak boleh dapatkan.
pelbagai jenis ragam, riaksi, perbuatan, laungan, peel yang luar biasa. tapi ade yang okay boleh bawak bermain dan menoonton TV bersama-sama... kadang kadang tu kami berasa kami kembali ke zaman kanak2 apabila melayan kerenah mereka.
ade seorang lecturer tu cakap, orang yang mempunyai masalah PSY or Mental Illness ni Allah pelihara kesihatan mereka, sebagai contoh, cuba tengok orang PSY yang merempat tepi jalan or something else, dieorg makan sampah right, Allah itu maha menyanyangi Dia telah mencipta antibody orang PSY ni high daripada kita orang biasa ni. so sebab tu kebanyakkannye PSY ni semuanya sehat, i mean sihat dari segi kesihatan luaran.
huh!! kalau nak cakap pasal PSY memang tak cukup untuk di type sahaja sebenarnya..
okay lah kita beralih pula ke bulan yang ketiga
KLINIK KESIHATAN BUNTONG PERAK
Unit Kesihatan Sekolah,
ha disinilah hadee belajar untuk memberi suntikan ATT,TT,HPV,MMR,Oral Polio..
kita semua pernah mendaptkan suntikan right,
time sekolah sekolah dulu ingat tak?? ade Nurse datang sekolah nak bagi injection tu, bergaduh2 suruh mmbe g inject dulu, haha
tapi memang betul pun, time hadee cucuk budak2 sekolah ni semua nya penakut, ade yang menangis walaupun dah Form 3, haha, macam macam...
budak sekolah rendah jangan cerita lah, sorang start menangis semua menangis, ibarat tangisan mereka tu macam pemula kepada tangisan budak lain haha. dekat Buntong ni kapsiti penduduknya majoriti adalah India,,
so kebanyakan sekolah yang hadee dan geng pergi adalah sekolah India..
memang pengalaman yang sangat seronok.
KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR MANJUNG
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak,
dekat sini pulak hadee belaja cara mengendalikan ibu yang start kehamilan sehinggalah hendak bersalin,
huh! susah nak jadi seorang ibu ni,
kene berkorban segalanya, termasuklah waktu bekerja kerana TCA untuk lihat tumbesaran bayi dan tahap kesihatan ibu adalah penting.
macam2 jenis penyakit ibu bersalin anataranya ialah Pregnancy Induced Hypertesion, Anemia in Pregnancy, Gestational Diabetes Mellitus.
semasa hadee dekat klinik ni antara pemeriksaan rutin yang di jalankan ialah Antopometry iaitu,
pengukuran bayi yang mempunyai elemen, berat, tinggi, ukur lilitan kepala dan BMI. seronok bermain dengan kanak2 sebenarnya,
selain itu, di sini juga menanwarkan perkhidmatan untuk Pap's Smear untuk mengesan kanser Serviks dengan lebih awal...
selain itu, monthly checking untuk ibu hamil melihat ketinggian fundus sama dengan gestasi ibu hamil....
khidmat nasihat kaunseling untuk Preancang Keluarga juga turut di berikan.
kebanyakan ibu hamil ingin mendapatkan yang terbaik untuk anak yang mereka Kandungkan..
mari kita melangkah ke bulan yang terakhirbulan ke 4
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH
Wad 5B Medikal,
huh! pengalaman di wad medical ini merupakan pengalaman yang sangat seronok kerana hadee belajar3 macam2 disini.
pengambilan darah rutin, set IV line, dan macam2 lagi prosedur yang tidak biasa hadee lakukan.
memanglah orang cakap pengalaman tidak dapat di jual beli kerana berharganya pengalaman itu buat diri..staff di wad ni terbaikk, di hari2 last kami disini, Alhamdulillah mereka spend duit belanja kami Pizza Hut dan Domino's Pizza, haha bab makan hadee tak kompromi, bantai je ahaha
hmmm,, sangat seronok di semester 4 ni.
walaupun singkat tapi penuh bermanfaat....
TERIMA KASIH SEMUA <3