Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Wednesday 29 January 2014

Meniti Hari-Hari Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ni merupakan hari terakhir aku menetap di Pengkalan Hulu, Perak.
untuk makluman semua aku sekarang sedang menjalani latihan di sebuah klinik di Pengkalan Hulu ni, tu atas tu gambar klinik 
Poliklinik Komuniti Pengkalan Hulu 
    Pengkalan Hulu, Hulu, Perak. 
   klinik kesihatan ibu dan anak yang antik kan... haha macam klinik desa Fakhrul 'oyak'... awesome dan seronok bila dapat join venture dengan kakitangan klinik ni, semuannya ramah dan tidak sombong. Berat hati nak meninngalkan klinik ni, ye lah macam-macam pengalaman yang aku dapat, terutamanya dalam hal2 kesihatan persekitaran area Pengkalan Hulu ni. Ha, aku nak bawak sedikit cerita mengenai sejarah Pengkalan Hulu ni, nampak je kecil tapi banyak tempat2 menarik taw.
stay dekat unit inpektorat ni banyak jugak kerja antaranya ialah mengambil sample air untuk diuji kandungan larut dalam air. Ini bagi memastikan bahawa penduduk yang berada dalam daerah Pengkalan Hulu ini mendapat air bersih dan selamat untuk digunakan. Selain itu, kami disini telah didedahkan dengan suatu cara untuk memastikan air yang bertakung tiada nyamuk bertelur, cara tersebut ialah dengan membuat bunjut seolah2 seperti sup bunjut, kandungan dalam bunjut ini adalah habuk kayu yang akan direndam dengan larutan batax iaitu racun, 
 setelah siap dipacking, bunjut ini akan direndam dalam larutan yang telah dinyatakan tadi, bunjut ini akan diletakkan di kawansan air yang bertakung dan berkemungkinan akan membawa kepada pembiakan nyamuk aedes. nampak rupanya agak simple tapi mampu memberi kesan yang amat memberangsangkan.
selain itu, kami juga berkunjung ke Taska bagi memastikan tiada wabak Kaki Tangan dan Mulut HMFD dikalangan anak2 yang dihantar ke taska. Wabak HMFD ini sangat bahaya dan mampu mengakibatkan anak2 menjadi kronik akibat virus yang menular ini. Seronok bila tengok kanak2 ataupun toddler bermain, teringat zaman kanak2 dulu. makan main dan tido. :) 
kelapa, haha semalam punye cerita, petang lepas balik kerja teringin minum air kelapa apa nak kata, Kamel dan aku pergi la amik galah yang diperbuat daripada buluh yang berat untuk mengait buah kelapa. banyak jugaklah hasil daripada kait tersebut, memang sedap air kelapa nih, haha sampai kucing pun try makan sekali tak terkata seronok nya berada di sini

Penerokaan Thailand dan 
Kedah Darul Aman
 kalau stay diantara sempadan Thailand dan Kedah ni tak lengkap rasanya berkunjung ke 
Pulau Pinang dan Kedah, cuma makan masa dalam sejam untuk ke Seberang Prai. Pengembaraan bermula yeah!! ha tengok sign board tu, semua negeri yang bersepadan dekat jer :) tak jauh sangat pun, memang seronok kalau ade kenderaan sendiri yeahh...
Baling, Kedah Darul Aman bersempadan je dengan Pengkalan Hulu, 
dalam 15 minit je dari klinik yang aku stay ni.. ada satu kedai depan Balai Polis Baling, sangat terkenal dengan keenakan capati nya, capati yang dihasilkan lembut dan menyelerakan, tak terdapat di mana2 hanya di Pekan Baling taw :) tak try rugi.
 keenakan char kueh teow di Adam Char Kueh Teow memang tak dapat dinafikan lagi.. 
sangat sedap, first time makan char kueh teow yang sedap dan enak. credits to Amirul Azizi sebab bawak makan dekat sini, mana tak nye, dulu sebelom ni dia belaja UITM Penang, so tahu lah selok belok area seberang prai ni :)

Daerah Kecil Pengkalan Hulu merupakan sebahagian daerah Hulu Perak
 dan merupakan daerah paling utara di negeri Perak yang meliputi dua (2) buah bandar kecil iaitu Pengkalan Hulu dan Klian Intan. Kedudukan unik Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Thailand dan negeri Kedah. Bandar yang berhampiran adalah bandar Baling di Kedah dan bandar Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km. Negeri Perak pula, bandar Gerik adalah yang paling hampir iaitu dengan jarak lingkungan 40 km.
Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran negeri "Reman" 
(sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan seterusnya beberapa perjanjian telah diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak sebagai usaha untuk perdamaian. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak (Reman) kepada Kerajaan Perak melalui perjanjian Bangkok 1909. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan 
di Kroh pada 16 Julai 1909.
Pengkalan Hulu sebelum ini dikenali sebagai "Kroh". Asal usul nama Kroh bermula 
dengan sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai' dalam bahasa arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempang itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai "Kroh" pada masa dahulu.
Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 
iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke Daerah Hulu Perak. Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh Pentadbiran Daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasik Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.


Tuesday 28 January 2014

Zikir Terapi Diri

PERCAYA atau tidak zikir terapi yang diadun bersama dengan alunan muzik boleh membantu dalam menjayakan sesuatu kaedah rawatan menerusi perubatan alternatif. 
Hafiz Hamidun 
yang mempopularkan irama zikir yang berteraskan ayat-ayat al-Quran turut merasai kesannya sewaktu dia menjalani pembedahan mata baru-baru ini. Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, dia mengakui irama zikir terapi banyak membantunya meringankan tekanannya sewaktu proses pembedahan itu dijalankan.
"Pembedahan itu dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad pada Mei tahun lepas. Masa pembedahan itu lagu-lagu zikir terapi telah dipasang dan saya telah menghayatinya.
"Walaupun pembedahan secara lasik bagi membetulkan selaput mata itu dilakukan dalam keadaan saya sedar tanpa menggunakan ubat bius tetapi saya tidak berasa sakit.
"Lima belas minit daripada rakaman pembedahan mata saya itu telah disiarkan di laman video YouTube di Internet dan sehingga kini ia ditonton oleh lebih 45,000 penonton," katanya kepada Hits.
Hafiz mendedahkan tentang keberkesanan zikir terapi bukan sahaja untuk tujuan hiburan tetapi juga membantu dalam kaedah perubatan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pada majlis itu dia yang juga seorang pengacara melancarkan album Zikir Terapi keduanya terbitan syarikatnya, Arteffects Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Warner Music sejak bulan lalu.
Selepas pembedahan itu yang turut dibantu dengan alunan irama lagu-lagu zikir terapi nyanyiannya matanya yang rabun kini telahpun pulih seperti sediakala.
"Kebetulan selepas pembedahan itu, pada sebelah malamnya saya ada persembahan nyanyian. Sebelum persembahan itu saya sempat menunaikan solat fardhu Maghrib.
"Alangkah terkejutnya saya apabila saya buat pertama kalinya dapat melihat gambar di sejadah saya dengan jelas tanpa menggunakan cermin mata sejak 15 tahun lamanya.
"Ketika solat Maghrib itu hati saya sebak kerana Allah telah memberikan semula nikmat penglihatan kepada saya. Saya menelefon Dr. Muhaya dan ucapkan terima kasih kepadanya.
"Saya anggap tidak sia-sia album Zikir Terapi 1 yang saya terbitkan sebelum ini kerana ia membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan termasuk saya sendiri," ujarnya.
Tambah penyanyi berusia 29 tahun ini, dia yakin lagu-lagu berkonsepkan irama zikir terapi yang berteraskan ayat-ayat al-Quran semakin menjadi perhatian dalam masyarakat.
Kata Hafiz, banyak pusat-pusat perubatan termasuklah juga pusat-pusat spa yang menyiarkan lagu-lagu seperti itu dalam premis-premis mereka.
"Kalau dulu orang gunakan lagu-lagu zikir terapi ini untuk menghafal ayat-ayat yang baik-baik terutama ayat-ayat al-Quran tetapi sekarang ia menjadi peneman orang sakit pula," katanya.


Wahai semua Mahluk di dunia ni sila tonton ini.

luangkan masa untuk sama-sama menghayati video ini, insyaAllah memberi sumber inspirasi kepada seluruh mereka yang menontonnya. Amin. 


Profile Taufiq Batisah

Muhammad Taufik Bin Batisah 
(born December 10, 1981) 
(Jawi: مهمد تيوفيك بن بتيسه) 
is the winner of the first season of the reality TV series Singapore Idol.
The Beginning
Taufik was born to a Malay family of mixed Indian and Buginese descent. His parents divorced when he was 13. He attended Boon Lay Primary School, Jurong Secondary School and is a graduate of the Singapore Polytechnic.
Taufik first started out as a singer in a local group called 
Bonafide playing a mixture of hip-hop and R&B with fellow rapper, Mark Bonafide.Taufik participated in the first season of the reality TV series Singapore Idol in 2004. 
On 1 December 2004, Taufik was crowned the first everSingapore Idol at the Singapore Indoor Stadium before an audience of more than 8,000 fans and 1.8 million viewers across the country. He scored a recording deal with Sony BMG and a management deal under Hype Records' artiste management arm, ArtisteNetworks. It was later revealed that Taufik had won 682,000 of the 1.1 million votes cast that night, while his opponent Sylvester Sim managed 418,000 votes.
Following his win, Taufik clinched a string of endorsements for brands such as Harmuni Rice, Samsung, 7-Eleven stores and HSC drinks. He was the first Singapore artiste to endorse for the Swiss watch-maker, Swatch.
On 14 January 2005, Taufik released his first English album Blessings.
The album included Taufik's hits from the competition such as Me and Mrs Jones, Let's Stay Together, Superstition as well as the Idol winning song I Dream. Taufik also co-wrote one track on the album titled Close 2 You. Blessings went on to a smashing sale of 36,000 copies, making into the Singapore Guinness Book of Records as the best selling local English album in the past decade.
It remains a record unbroken in the Singapore music industry.
On 19 April 2005, Taufik held his first solo concert showcase An Evening With Taufik at the Kallang Theatre. Fresh from recovering from tonsillitis (resulted from a non-stop four months performing schedule), he charmed both the media and full-house audience with his soulful singing and smooth on-stage moves.




Monday 27 January 2014

Dimana Letak Kekuatan Islam

RIDHUAN TEE ABDULLAH

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak. Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan. Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul. Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal. Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur. Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang. Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.


Limau Mandarin Sempena Raya Cina

 Limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina
Rasanya sedap dan manis sekali. Pokoknya sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih serta berbau wangi.
Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. 
Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau
 mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, 
mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. 
Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.
Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab 
meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman 
penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru
 melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia. Limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan
 ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama 
dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.



Sunday 26 January 2014

Kecantikan Seorang Wanita Islam

Setiap wanita pasti tak lepas dari  keinginan untuk selalu terlihat cantik. Namun apakah makna dari cantik itu sebenarnya? Kebanyakkan dari wanita  memakanai cantik itu seperti bintang iklan sabun mandi atau artis di televisi tapi kebanayakkan wanita tidak mengetahui makna cantik sebenarnya menurut Al Qur’an dan Islam.Mari bersama kita mengetahui apa itu cantik menurut Al Qur’an dan Islam.Menurut buku Ensiklopedi kata-kata Al Qur’an AL Karim yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Arab,Kecantikan di maknai dengan keanggunan,kehalusan dan keelokan. Ada juga yang mengartikan kecantikan dalam kasad mata yaitu hal yang indah yang dapat membuat seseorang menjadi suka dan mencintai. Kecantikan tidak hanya di berikan kepada manusia saja tetapi kepada segala sesuatu di alam raya ini dari ciptaan ALLAH yang indah termasuk di dalamnya hewan dan tumbuhan.Bukan pada alam semesta dan isinya saja kecantikan dapat diberikan tapi juga kepada sifat manusia,akhlak dan tabiatnya serta tutur katanya yang indah.
pandangan Hadis dan Al-Quran mengenai wanita  
Islam adalah agama yang menyeru pada kecantikan dan keindahan. Dimana kecantikan itu berupa kecantikan maknawi yaitu kecantikan berupa jiwa,akhlak,sifat dan sikap.
Karena itu dapat kita lihat di dalam Al Qur’an Al Karim kecantikan wajah atau penampilan fisik pria ataupun wanita jarang disebut,kecuali hanya dua kali saja. Pada penyebutan pertama ALLAH memperingatkan Rasulullah untuk tidak tertipu pada kecantikan fisik orang-orang munafik karena penampilan seseorang tidak mencerminkan siapa dirinya.

Seperti dalam firman ALLAH AZZA WA JALLA:”Dan apabila kamu melihat mereka,tubuh-tubuh mereka membuatmu kagum. Dan jika mereka berkata-kata,kamu mendengarkan mereka. Mereka seakan-akan  kayu yang tersandar.” (QS.Al Munafiqun:4)

Penyebutan yang kedua pada firman ALLAH: ”Tidak halal bagimu menikahi wanita-wanita sesudah itu dan tidak boleh (pula) mengganti mereka dengan istri-istri (yang lain),meskipun kecantikan mereka menarik hatimu,kecuali wanita-wanita (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan ALLAH Maha mengawasi segala sesuatu.” (QS.Al Ahzab:52)

Maksud dari ”kecantikan mereka” adalah keindahan dan kecantikan Rupa dan fisik wanita.
Al Hasan dan Asy Sya’abi mengatakan bahwa kecantikan yang di maksudkan ALLAH dalam ayat diatas adalah kecantikan yang tersirat pada wajah wanita bangsawan Quraisy yang bernama Asma binti Amis.
Asma binti Amis adalah istrti dari Ja’far bin Abi Thalib yang suaminya mati syahid. Kecantikan wajah beliau sangat terkenal di kalangan kaumnya sehingga Rasulullah Saw berkeinginan untuk menikahinya setelah beliau memperdalam keimanan wanita itu.

Rasulullah begitu terpesona dengan kecantikannya dan berkeinginan memperistrinya.
Untuk menikahinya Rasulullah akan menceraikan salah seorang istrinya,namun ALLAH Ta’ala melarang beliau menceraikan salah seorang istrinya agar dapat menikahi Asma.

Ketika ALLAH menyebut cantik Hiasan dalam Al Qur’an, ALLAH menyebut sebagai sifat bidadari: ”Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS.Ar Rahman:70)

Kecantikan hiasan haruslah di dahului dengan kecantikan ”Khairaat” agar kita wanita tahu bahwa seorang wanita yang baik adalah wanita yang memiliki kecantikan sifat dan akhlak lebih baik dari pada wanita yang memiliki kecantikan fisik dan rupa semata. Secara ringkas dapat dikatakan bahwa dalam Al Qur’an ALLAH tidak memberikan patokan khusus pada kecantikan fisik dan rupa bagi wanita ataupun pria.
Seperti pada Hadits Rasulullah berikut ini: ”Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian,tapi ia melihat hati dan amal kalian.” (HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah)

Dalam Hadits lain Rasulullah mengatakan bahwa wanita shalehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Amr ibnu ra : ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhisannya adalah wanita shalehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An Nasai)

Jadi kecantikan dalam Al Qur’an dan Islam bukan di lihat pada kecantikan fisik dan Rupa
semata tapi lebih pada kecantikan Sifat,tabiat,kebaikan hati dan akhlak seorang wanita.
Wanita tidak perlu takut tidak cantik karena setiap wanita itu cantik dan indah apabila mempunyai akhlak yang indah pula,buat apa rupa dan fisik kita cantik tapi hati tidak cantik karena kecantikan fisik dan rupa akan hilang seiring waktu dan usia berlalu terkecuali bagi yang Surgary mungkin kecantikannya
bertahan tapi apa ada orang yang mau dengan yang palsu? Kecantikan
Akhlak dan kebaikan hati tidak akan pernah hilang walau di makan
waktu dan usia dia akan tetap abadi. Jadi seperti lagunya girlband
yang sedang di gandrungi remaja saat ini
”Kamu cantik..cantik dari hatimu”.


Saturday 25 January 2014

Kenali Bahagian Badan Lelaki Yang Disukai Wanita

6 Bahagian Badan Lelaki Disukai Wanita
SUMBER GAMBAR : www.tegaptv.net
BAHU
Wanita suka melihat bahu lelaki yang luas kerana akan menampakkan kesasaan badan lelaki. Seorang wanita menulis, “Saya suka apabila suami menggerakkan bahunya, dari situ saya boleh nampak otot lengannya dengan jelas” – dipetik dari askmen.com

DADA
Sama seperti lelaki yang lebih tertarik melihat bahagian dada wanita. Kebanyakan wanita suka berimaginasi tentang bahagian dada lelaki apabila kameja yang dipakai jatuh terletak di atas dada yang bidang.

LENGAN
Oh come on! Wanita mana yang tak suka lengan lelaki yang berotot?

BIBIR
Nilai estetika pada bibir lelaki? Bergantung pada cita rasa wanita, ada yang sukakan bibir lelaki tebal ada juga yang suka nipis. Siapa tak geram melihat Channing Tatum dalam filem The Vow?

TANGAN
Tidak perlu manicure kuku, cukup sekadar kuku yang bersih dan dipotong kemas. Kebanyakan wanita sangat menitikberatkan kebersihan tangan, kerana dari situ mereka menilai kebersihan bahagian tubuh lelaki yang lain.

PUNGGUNG
Zaman sekarang ini, makin kecil punggung wanita makin seksi. Tapi berbeza dengan lelaki, wanita gemar melihat punggung yang sedikit berotot terutama sekali apabila mengenakan seluar jean yang sesuai.


8 langkah perlu dilakukan untuk melihat Qarin


Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.
Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

8 langkah perlu dilakukan untuk melihat Qarin :

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.



Isu Kalimah "Allah"

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menghalang usaha terancang pihak tertentu untuk membolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di negara ini. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha itu perlu disekat kerana niat sebenar pihak berkenaan adalah untuk menarik orang Islam di Malaysia murtad dan menganut Kristian. 
“Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana ia tidak ada dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam. 
“Di zaman pemerintahan British dulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha terancang pihak tertentu untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat Islam di negara ini. 
“Sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Hak Asasi Manusia dalam Islam di sini, pagi, semalam. 
Dr Mahathir berkata kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.


BR1M 3.0 diagih bulan Februari

PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini semalam. Turut kelihatan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri).
Kuala Lumpur: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang dianggarkan berjumlah RM4.5 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 7.9 juta penerima mulai pertengahan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak. 
Perdana Menteri berkata, bantuan itu diharap mampu membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang, selain memberi jaminan kerajaan akan terus memantau masalah berkaitan bekalan berikutan kemungkinan berlaku tindakan pemborong menaikkan harga. 
“Ini (BR1M) akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” katanya yang juga Presiden UMNO pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, petang semalam yang turut dihadiri, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Jumlah penerima tahun ini meningkat 1.1 juta orang berbanding hanya 6.8 juta penerima BR1M 2.0, tahun lalu. Melalui Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober lalu, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 serta caruman takaful i-BR1M RM50. 
Mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula layak menerima RM450, caruman takaful RM50 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 bakal menerima RM300. 
Ekonomi meyakinkan 
“Jika dilihat dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, saham, bursa saham...ekonomi kita berada dalam keadaan baik dan meyakinkan. Tetapi, tidak dinafikan rakyat menghadapi masalah berhubung kenaikan harga. Kerajaan sedang menangani perkara ini dengan pelbagai langkah yang diumumkan,” katanya. 
Mengulas mengenai penyelesaian 10 perkara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu, Najib berkata ia tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan negeri. 
Dalam isu ini, katanya MT UMNO menyokong pendirian kerajaan untuk terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam termasuk kalimah Allah selain mengambil maklum mengenai penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan. 
“Jika negeri berkenaan mempunyai enakmen, maka 10 perkara itu tertakluk kepada enakmen negeri dan jika negeri tiada enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maknanya amalan biasa boleh diteruskan dan tiada pihak harus menakutkan pihak lain,” katanya sambil menjelaskan peraturan itu terkandung dalam perkara kesembilan. 
Mengenai isu ada pihak yang mencabar titah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam, Najib menjelaskan, titah itu dibuat ketika sambutan hari keputeraan baginda, bukannya atas kapasiti Yang di-Pertuan Agong. 
“Tuanku bertitah sebagai ketua agama negeri, mana-mana negeri yang ada enakmen itu, (rakyat) perlu mematuhinya,” katanya.