Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Wednesday 29 January 2014

Meniti Hari-Hari Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ni merupakan hari terakhir aku menetap di Pengkalan Hulu, Perak.
untuk makluman semua aku sekarang sedang menjalani latihan di sebuah klinik di Pengkalan Hulu ni, tu atas tu gambar klinik 
Poliklinik Komuniti Pengkalan Hulu 
    Pengkalan Hulu, Hulu, Perak. 
   klinik kesihatan ibu dan anak yang antik kan... haha macam klinik desa Fakhrul 'oyak'... awesome dan seronok bila dapat join venture dengan kakitangan klinik ni, semuannya ramah dan tidak sombong. Berat hati nak meninngalkan klinik ni, ye lah macam-macam pengalaman yang aku dapat, terutamanya dalam hal2 kesihatan persekitaran area Pengkalan Hulu ni. Ha, aku nak bawak sedikit cerita mengenai sejarah Pengkalan Hulu ni, nampak je kecil tapi banyak tempat2 menarik taw.
stay dekat unit inpektorat ni banyak jugak kerja antaranya ialah mengambil sample air untuk diuji kandungan larut dalam air. Ini bagi memastikan bahawa penduduk yang berada dalam daerah Pengkalan Hulu ini mendapat air bersih dan selamat untuk digunakan. Selain itu, kami disini telah didedahkan dengan suatu cara untuk memastikan air yang bertakung tiada nyamuk bertelur, cara tersebut ialah dengan membuat bunjut seolah2 seperti sup bunjut, kandungan dalam bunjut ini adalah habuk kayu yang akan direndam dengan larutan batax iaitu racun, 
 setelah siap dipacking, bunjut ini akan direndam dalam larutan yang telah dinyatakan tadi, bunjut ini akan diletakkan di kawansan air yang bertakung dan berkemungkinan akan membawa kepada pembiakan nyamuk aedes. nampak rupanya agak simple tapi mampu memberi kesan yang amat memberangsangkan.
selain itu, kami juga berkunjung ke Taska bagi memastikan tiada wabak Kaki Tangan dan Mulut HMFD dikalangan anak2 yang dihantar ke taska. Wabak HMFD ini sangat bahaya dan mampu mengakibatkan anak2 menjadi kronik akibat virus yang menular ini. Seronok bila tengok kanak2 ataupun toddler bermain, teringat zaman kanak2 dulu. makan main dan tido. :) 
kelapa, haha semalam punye cerita, petang lepas balik kerja teringin minum air kelapa apa nak kata, Kamel dan aku pergi la amik galah yang diperbuat daripada buluh yang berat untuk mengait buah kelapa. banyak jugaklah hasil daripada kait tersebut, memang sedap air kelapa nih, haha sampai kucing pun try makan sekali tak terkata seronok nya berada di sini

Penerokaan Thailand dan 
Kedah Darul Aman
 kalau stay diantara sempadan Thailand dan Kedah ni tak lengkap rasanya berkunjung ke 
Pulau Pinang dan Kedah, cuma makan masa dalam sejam untuk ke Seberang Prai. Pengembaraan bermula yeah!! ha tengok sign board tu, semua negeri yang bersepadan dekat jer :) tak jauh sangat pun, memang seronok kalau ade kenderaan sendiri yeahh...
Baling, Kedah Darul Aman bersempadan je dengan Pengkalan Hulu, 
dalam 15 minit je dari klinik yang aku stay ni.. ada satu kedai depan Balai Polis Baling, sangat terkenal dengan keenakan capati nya, capati yang dihasilkan lembut dan menyelerakan, tak terdapat di mana2 hanya di Pekan Baling taw :) tak try rugi.
 keenakan char kueh teow di Adam Char Kueh Teow memang tak dapat dinafikan lagi.. 
sangat sedap, first time makan char kueh teow yang sedap dan enak. credits to Amirul Azizi sebab bawak makan dekat sini, mana tak nye, dulu sebelom ni dia belaja UITM Penang, so tahu lah selok belok area seberang prai ni :)

Daerah Kecil Pengkalan Hulu merupakan sebahagian daerah Hulu Perak
 dan merupakan daerah paling utara di negeri Perak yang meliputi dua (2) buah bandar kecil iaitu Pengkalan Hulu dan Klian Intan. Kedudukan unik Pengkalan Hulu yang bersempadan dengan Thailand dan negeri Kedah. Bandar yang berhampiran adalah bandar Baling di Kedah dan bandar Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km. Negeri Perak pula, bandar Gerik adalah yang paling hampir iaitu dengan jarak lingkungan 40 km.
Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran negeri "Reman" 
(sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan seterusnya beberapa perjanjian telah diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak sebagai usaha untuk perdamaian. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak (Reman) kepada Kerajaan Perak melalui perjanjian Bangkok 1909. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan 
di Kroh pada 16 Julai 1909.
Pengkalan Hulu sebelum ini dikenali sebagai "Kroh". Asal usul nama Kroh bermula 
dengan sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai' dalam bahasa arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempang itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai "Kroh" pada masa dahulu.
Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 
iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke Daerah Hulu Perak. Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh Pentadbiran Daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasik Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.


3 comments:

Blog Santai said...

Singgah sini dari Blog Santai...

sobri yaacob said...

wah kroh..awesome place..
dlu waktu stdy peneng sellau singgah sini.. nice shring bro :P

Etuza said...

Singgah sini..