Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Sunday 16 December 2012

punca-punca gemuk




(1) Makan makanan rendah/bebas lemak- Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak- Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

(3) Minuman bergas- Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan- Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat- Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.



Thursday 13 December 2012

Larangan Menyerupai Gaya Hidup Orang Bukan Islam

credits to
Imam Muda Muhammad Asyraf.

Hidup remaja makin tersasar ajaran syariat

Islam adalah agama dan juga cara hidup yang diturunkan oleh Allah swt kepada sekalian manusia melalui pesuruh dan juga rasulNya iaitu Nabi Muhammad saw. Risalah yang dibawa oleh Baginda saw adalah risalah terakhir dan hanya agama Islam sahaja yang diterima dan diiktiraf oleh Allah swt sebagai anutan dan pegangan seluruh umat manusia tidak kira bangsa, darjat mahupun keturunan.

Dalam hal ini Allah swt telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 85: “Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”. Firman Allah swt dalam Surah al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini (hari Arafah) telah Aku sempurnakan agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama kamu semua”.

Daripada kedua-dua ayat ini maka dengan jelas difahami bahawa hanya agama Islam yang diterima oleh Allah swt sebagai panduan manusia dan sesungguhnya agama Islam merupakan agama yang lengkap tidak perlu kepada sebarang penambahan yang ditegah dalam agama sama ada penambahan tersebut berlaku dalam konteks perlaksanaan ibadah tertentu mahupun yang berkaitan dengan pegangan dan juga ideologi pemikiran.

Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada terikut dengan kepercayaan dan budaya orang bukan Islam terutamanya daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut” (Hadith riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albaniy). Daripada hadith ini jelas menunjukkan bahawa Nabi saw melarang kita secara umum daripada mengikut atau menyerupai cara hidup orang-orang kafir. Perkara yang dilarang dalam hadith ini adalah segala bentuk cara hidup yang bertentangan dengan syariat Islam ataupun sesuatu tindakan yang menunjukkan syiar sesuatu agama lain. Menyerupai atau mengikut gaya kehidupan orang bukan Islam ini juga termasuklah dalam perkara akidah, ibadah, adat dan akhlak yang menunjukkan ciri-ciri terentu bagi mereka. Namun dalam perkara yang berkaitan dengan pembangunan urusan kehidupan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak pula melambangkan syiar sesuatu agama maka kita diharuskan untuk mengikutinya demi kemaslahatan umat Islam.

Dewasa kini kita sering  kali melihat sesetengah masyarakat yang lebih terpengaruh dengan gaya hidup asing yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara yang paling jelas yang dapat kita lihat adalah kebebasan pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa menjadikan neraca syariat sebagai kayu ukurnya. Budaya kebebasan pergaulan yang tiada sempadan ini bukanlah daripada ajaran Islam tetapi ini adalah pengaruh luar yang dibawa ke dalam dunia masyarakat Islam hari ini. Maka tidak hairanlah ada di kalangan anak muda yang terjebak dengan pelbagai dosa daripada kebebasan ini disebabkan mengambil budaya luar dan melupakan batasan syarak yang telah diletakkan oleh Islam.

Kebimbangan ini telah dinyatakan oleh Nabi saw dengan sabda baginda: “Sesungguhnya kamu akan mengikut gaya hidup golongan sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan mengikutinya” (Hadith muttafaqun ‘alaih).

Begitulah juga dengan serangan budaya yang menyerap dalam kehidupan masyarakat kita terutamanya di kalangan para pemuda-pemudi dan remaja. Kita terikut-ikut dengan budaya yang ‘luar biasa’ daripada budaya dan adat yang kita fahami dan laziminya. Trend pemakaian yang dan gaya yang dipilih biarlah bersesuaian dengan budaya kita dan tidak bertentangan dengan syarak. Sudah tentu kita tahu dan pernah belajar bahawa mendedahkan aurat bukanlah daripada cara hidup Islam namun kita dapati masih ramai yang belum faham dengan tuntutan ini. Di samping itu pakaian-pakaian yang terdapat padanya ciri-ciri budaya orang bukan Islam perlulah juga dielakkan seperti pakaian yang terdapat padanya gambar salib, tengkorak, gambar-gambar tidak menutup aurat dan juga apa-apa sahaja yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sesungguhnya dalam perlaksanaan ibadah, Nabi saw melarang kita daripada mengikut ibadah-ibadah orang bukan Islam terutama mereka yang beragama Yahudi dan Nasrani. Dalam ibadah solat kita dilarang mengikut tatacara sembanhyang orang Yahudi mahupun Nasrani. Antaranya kita dilarang menjadikan kubur-kubur sebagai masjid mahupun tempat ibadat seperti yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi dan Nasrani. Sabda Nabi saw :” Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadat). (Hadith muttafaqun ‘alaih).

Nabi saw juga melarang seseorang itu meletakkan pakaian di atas sebelah bahu dan tidak pula di sebelah bahu yang lain ketika solat. (Hadith riwayat Abu Daud). Telah berkata Ibnu Taimiyyah bahawa larangan tersebut disebabkan ianya mengikut tatacara solat golongan Yahudi. Dalam hadith yang lain Nabi saw melarang perbuatan ‘ihtisor’ iaitu meletakkan tangan di atas tulang rusuk ketika solat.(hadith riwayat al-Hakim). Perkara ini juga merujuk kepada upacara ibadat orang Yahudi.

Begitulah juga dalam ibadah puasa. Kita amat disunatkan untuk bersahur sebelum daripada menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya dengan kita bersahur maka terdapat padanya keberkatan. Hal Ini berdasarkan hadith Nabi saw : “Bersahurlah sesungguhnya dengan bersahur tersebut adanya keberkatan” (Hadith muttafaq ‘alaih). Perlulah kita ketahui juga bahawa puasa yang tidak ada padanya ibadah sahur dengan sengaja adalah seakan-akan mahu menyerupai puasa golongan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani).Berkenaan hal ini Nabi saw telah bersabda : “Perbezaan antara puasa kita dan juga puasa Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah dengan makan sahur”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Antara perkara yang perlu diambil perhatian juga dalam ibadah puasa ini adalah dengan mempercepatkan berbuka puasa apabila telah masuk waktunya. Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda: “Agama itu akan sentiasa nyata selagimana manusia mempercepatkan berbuka puasa (tidak menangguhkannya) kerana umat umat Yahudi dan Nasrani akan melewatkannya (berbuka). (Hadith riwayat Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albaniy).

Berkenaan Hari Asyura pula kita sebagai umat Islam disunatkan supaya berpuasa pada hari tersebut iaitu pada 10 Muharram. Bagi golongan Yahudi hari Ayura merupakan hari perayaan mulia bagi mereka dan mereka juga berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari ra dengan kata beliau : “Sesungguhnya Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan oleh orang Yahudi dan mereka menyambutnya sebagai suatu perayaan. Maka Nabi bersabda : “Maka berpuasalah kamu semua (pada hari Asyura)”. (Sahih Muslim)

Namun Nabi saw menegah para sahabat daripada berpuasa hanya pada hari Asyura tetapi perlulah ditambah sehari bersama-sama Hari Asyura sama ada pada hari ke sembilan atau dikenali sebagai hari Tasu’a ataupun pada hari ke-11 Muharram.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ketikamana Nabi berpuasa pada hari Asyura dan mengarahkan sahabat untuk turut sama berpuasa, maka para sahabat memberitahu Nabi bahawa hari tersebut adalah hari kemuliaan bagi mereka yang beragama Yahudi dan Nasrani, maka Nabi saw bersabda: ” Jikalau begitu pada tahun hadapan kita akan turut berpuasa pada hari kesembilan (bersama-sama hari Asyura)”. Namun Nabi wafat dan tidak sempat berpuasa pada tahun tersebut. (Riwayat Muslim).

Ibnu Qayyim menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan suruhan supaya puasa Asyura itu digabungkan dengan sehari sebelum atau sehari selepasnya untuk menunjukkan perbezaan antara agama Islam dan agama Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Kesimpulannya, Nabi saw melarang umat Islam daripada terikut-ikut dengan prinsip dan budaya masyarakat non muslim yang bertentangan dengan syariat Islam. Bagaimanapun, jika sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan syariat dan memberi kemaslahatan kepada umat Islam  maka perkara tersebut perlu diambil dan diterapkan sebagai nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

Tuesday 4 December 2012

aku HIV positif

dalam dunia dan masyarakat islam memboikot ISRAEL hatiku terpaut untuk membicarakan 
mengenai penyakit HIV. memang susah untuk kita menerima penyakit ini apabila berlaku kepada diri kita.
kita mulakan entry kali ni dengan ayat-ayat syifa' dalam ummul furqan",


hurm entry kali ni memang lain daripada sebelum-sebelum ini.
entah bagaimana hati tersentuh terdetik untuk membicarakan isu ini.
orang tua-tua pernah berkata sudah terhantuk baru nak terngadah, oleh itu mains issue dekat sini
ditujukan kepada semua pengamal LGBT diluar sana supaya bangun bangkit untuk berkata tidak dan berperang melawan nafsu dan memujahadahkan nafsu.

sebagai seorang blogger, memang jadi kebiasaan untuk melawat blog-blog blogger lain.
hati ku terpaut untuk bertandang ke dua-dua blog ni


disebalik entry-entry mereka terdapat seribu satu kekesalan yang perlu kita ambil berat sebagai batu penolak untuk kita elakkan gejala LGBT. tujuan nya disini bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk kita bersama-sama mengambil iktibar.
semua manusia susah nak akui kelemahan diri. oleh itu, peruntunkkan lah masa untuk kita muhasabah,muatabah,mazakarah diri ke arah yang lebih baik.
ujian daripada Allah boleh datang daripada pelbagai cara. samada secara kita tidak sedari mahupun kita sedar.
namun begitu, semua itu adalah penguat keimanan dan ketaqwaan kita kepada tuhan.

KENAPA KITA DIUJI?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
-Surah al-Baqarah ayat 177



ISTIDRAJ: DIA ORANG LAGI DAHSYAT BUAT MAKSIAT TAPI TAK KENA HIV PUN




APAKAH ITU ISTIDRAJ? 

1) Kita mungkin tertanya-tanya, “Kenapa kadangkala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan tidak dijangkiti HIV sedangkan mereka lebih dahsyat melakukan kemungkaran?"

2) Kadangkala sesuatu anugerah Allah s.w.t kepada seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambaNya, tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan individu tersebut.

3) Allah nak tengok adakah hambaNya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya, jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

4) Tetapi jika individu tersebut tidak bersyukur, maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan ar-Rahman.

5) Ada pula yang bertanya, “Kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?”

6) Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingatiNya. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.

7) Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar selepas itu kita taksub dan lupa untuk bersyukur kepada yang Maha Esa.

8) Dalam erti kata lain, Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

9) Rasulullah s.a.w.  bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

10) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

11) Sampaikan ada yang ragu-ragu. Mereka kata, “Kalau kita hendak dapat kebahagiaan dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah s.a.w. dan berpegang teguh pada agama Islam tetapi kenapa ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, dan sebagainya tetap hidup susah juga?”

12) “Bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah tetapi rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak dan dia boleh hidup kaya dan mewah?”

13) Bila kita tanya, “Kamu tak takut mati?” Katanya, “Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!” Sombongnya mereka, takburnya mereka…

14) Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah, Nabi Sulaiman sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Sehensem-hensem Nabi Yusof dan semerdu-merdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan

15) Walaupun berbuat maksiat, mereka rasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku”, katanya sombong.

16) Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

17) Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya."

18) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

19) Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

20) Begitu juga manusia..! Bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah s.w.t.

 Buktinya

21) Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

22) Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

23) Qarun. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

24) Jadi, Jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Bersyukurlah jika dengan ujian HIV ini menjadikan kita kembali kepada Allah.

Wallahualam.

jazakallahu kheir, semoga dengan entry kali ini dapat memberi seribusatu makna kepada para pembaca serta followers.
insyaAllah kita dibawah lembayung naungan Allah Maha Esa.
aminn.