Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Wednesday 11 December 2013

cerita semalam

hehe, semalam aku bahagia sangat. pertama kali aku bertemu dengannya aku mula jatuh cinta. mybe orang akan cakap jatuh cinta pandang pertama.
dan kini aku percaya cinta pandang pertama itu memang wujud. 
setelah hampir 4 bulan kami berkawan akhirnya semalam menjadi saksi pertemuan kami.
kadang2 aku bertanye, boleh ke dia terima aku. dan semuanya semalam dah terjawab..
masa tengah dating bersama dia suruh dengar lagu Begini Caranya – Shaheizy Sam / Yana Samsudin
woahh, memang sangat bertepatan dengan keadaan masa semalam tu, orang cakap situasi dan lagu itu masyukk yeahh..
how sweet dia.. haha thank you make me happy. saya sayang awak. 
btw dekat sini ade blogger attach sekali lirik lagu yang sweet sangat bila dihayati :)

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku


Monday 9 December 2013

Prolapse Uterus atau Rahim Jatuh


Definition:
Rahim jatuh atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai 
“Utero Vaginal Prolapse” (UPV) adalah situasi dimana rahim jatuh/turun 
dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang kala berada di luar salur faraj. 
Menurut maklumat dari sudut kesihatan majalah Keluarga (November 2013), Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara, Dr. Navdeep Singh Pannu, 
anggaran kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin normal dan kandungan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom – simptom rahim jatuh. 
Walau bagaimanapun, simptom – simptom ini berlaku secara berlainan. Sesetengahnya mendapat gejala yang teruk sehingga mempengaruhi dan menganggu gaya hidup mereka.

Symptoms:
Feeling like you are sitting on a small ball
Difficult or painful sexual intercourse
Frequent urination or a sudden urge to empty the bladder
Low backache
Uterus and cervix that stick out through the vaginal opening
Repeated bladder infections
Feeling of heaviness or pulling in the pelvis
Vaginal bleeding
Increased vaginal discharge

Treatments:
Treatment is not necessary unless the symptoms bother you. Many women seek treatment by the time the uterus drops to the opening of the vagina.
LIFESTYLE CHANGES: Weight loss is recommended in obese women with uterine prolapse. Heavy lifting or straining should be avoided, because they can worsen symptoms. Coughing can also make symptoms worse. If you a chronic cough, ask your doctor how to prevent or treat it. If you smoke, try to quit. Smoking can cause a chronic cough.
VAGINAL PESSARY: Your doctor may recommend placing a rubber or plastic donut-shaped device, called a pessary, into the vagina. This device hold the uterus in place. It may be temporary or permanent. Vaginal pessaries are fitted for each individual woman. Some are similar to a diaphragm used for birth control. Pessaries must be cleaned from time to time, sometimes by the doctor or nurse. Many women can be taught how to insert, clean, and remove the pessary herself
Classifications:

Pictures 1


 Pictures 2

Pictures 3

Prevention:
Tightening the pelvic floor muscles using Kegel exercises helps to strengthen the muscles and reduces the risk of uterine prolapse. Estrogen therapy, either vaginal or oral, in postmenopausal women may help maintain muscle tone in the vaginal area. Weight loss and avoiding heavy lifting can decrease the risk for uterine prolapse.

Complications:
Ulceration and infection of the cervix and vaginal walls may occur in severe cases of uterine prolapse.
Urinary tract infections and other urinary symptoms may occur because of a cystocele. Constipation and hemorrhoids may occur because of a rectocele.



Thursday 28 November 2013

Six-Pack atau V shape...?


entry kali ni hadee nak bawakkan pasal lelaki..
mana satu lelaki lebih obses, antara Six-pack atau V shape pada abdomen dieorang,
memang tak di nafikan sangat susah nak mendapatkan bentuk six-pack dengan v shape yang ideal, 
bak kate orang tua-tua kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
hehe, okay dekat sini hadee ade sedia kan gambar, mybe akan inspire semua yang kunjung blog hadee yang tak seberapa ni.. hehe hope korang enjoy keyh.. 












apabila kawan makan kawan

Kawan Makan Kawan? Lama aku tak dengar istilah itu digunakan...kalau dalam bahasa Inggeris..backstabber ! .. adakah istilah Kawan Makan Kawan ini macam ikan makan ikan ? Ye la..macam ikan paus makan ikan lebih kecil..atau macam ikan haruan makan anak ikan.... tentunya tidak kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain..terutamanya kawan rapat...yang boleh dikatakan tido sebantal, makan sepinggan.... Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ? Banyak perkara boleh memuat seseorang kawan yang rapat..macam adik beradik boleh khianat kawan sendiri...

Salah satu faktor utama ialah perasaan cemburu..irihati. Kalau berkaitan cinta dan perasaan..biasanya berebut kekasih..buah hati kawan. Kalau dikalangan wanita..biasa berebut teman lelaki kawan yang handsome..kacak bergaya dan kaya...malah sanggup memfitnah kawan sendiri semata-mata nak dapatkan cinta teman lelaki kawan sendiri..begitu juga dikalangan kaum lelaki yang berebut wanita yang cantik..bergaya...dan hemmm...berduit.. Lelaki lagi dahsyat perangainya bila berebut wanita...sanggup menipu kawan sendiri...malah lebih teruk....ada yang sanggup m#******# teman wanita kawan sendiri...

Andainya berkaitan dengan kerja...seorang kawan rapat boleh khianat kawan sendiri kerana berebut jawatan yang lebih baik...sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat jawatan yang lebih baik...atau burukkan nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi...sindrom kawan makan kawan ini banyak berlaku di pejabat kerajaan...terutamanya yang kuat mengipas..kuat membodek bos..untuk memperoleh jawatan yang lebih baik dalam organisasi..walaupun lebih banyak goyang kaki daripada melakukan kerja..atau pun tak reti nak buat kerja sendiri..asyik-asyik arahkan orang lain...atau dengan kata lain..pegawai sila..

Kadangkala kawan seperti ini boleh buat muka selamba...walhal setiap hari mengutuk dan memburukkan kawan dihadapan ketua jabatan atau pihak pengurusan...kerana takut kawan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja...bak kata orang takut pekungnya terdedah..maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah...takut dengan bayangan sendiri. Sindrom atau penyakit ini tidak mengira jantina...lelaki dan wanita..sama sahaja.. sebab itu....Awas!!..

Orang yang amalkan sindrom Kawan Makan Kawan ini...biasanya...mempunyai banyak kelemahan...pandai bercakap kurang bekerja...suka merendahkan keupayaan orang lain..merasakan dirinya seorang sahaja yang terbaik..pandai.....tapi bila diberi tugasan ..hampeeeeh!!..sering sangsi terhadap tindak tanduk orang lain....berperasangka negatif terhadap orang lain.... sentiasa ambil kesempatan ke atas orang lain... mudah percaya khabar-khabar angin.....membuat keputusan tanpa usul periksa... dan paling teruk...mempunyai penyakit hati yang sukar diubati...iaitu Dengki!


Friday 1 November 2013

Semester II tahun II ILKKM

huh! entry kali ni hadee nak cerita kan sepanjang suka duka....
dua tahun akan berlalu.. macam macam cerita. okay, kita mula dari awal masuk sem..
ha! awal2 sem dulu memang agak kekok sangat sebab bermula nya klinikal area sepenuhnye, macam sem sebelom2 nih agak tidak mengerti kehidupan berpraktikal,
so sem 4,5,6 nih la hadee and mmber semua kene grab a chance!!
huh, bermulanya semester ni hadee dapat dekat
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH.
Wad Surgikal 2A 
huh, sangat mencabar kerja di sini kerana tempatnye yang complecated and busy always.. hehe
sampaikan masa untuk rehat pun takade..
staff semua okay termasuk Sister yang menjaga wad nih.. haha
wad surgikal ni tempat di mana semua pesakit yang bakal, akan dan lepas melakukan pembedahaan akan ditempatkan disini.
sebulan berlalu penuh dengan pengalaman di wad ini.
kite beralih pulak ke bulan yang seterusnya,
hospital rasanya semua orang tahu
HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN @ HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA.
Wad Kebun, Wad Forensik, Wad Dalam 15,16,17 and .... , Wad Kemasukan Lelaki/Perempuan
hadee tak taw kenapa dieorg sini tak guna land mark Tanjung Rambutan tu,
mybe nak ubah persepsi tanggapan orang kot, asal sebut Tanjung Rambutan je mesti ingat orang gila.
sebenarnya kebanyakkan mereka yang berdaftar sebagai pesakit di HBUK singkatan Hospital Bahagia ni hampir 80% mental problem akibat dari pada drug induced..
kalau kita start pengembaraan dalam hospital ni sahri memang tidak mencukupi, kerana keluasan hektarnya sangat terbesar dalam Malaysia.
menarikkan, bagi mereka yang suka dan gemar bersosial dengan cara mengambil akohol, dadah dan sebagainya harap2 berfikir panjang lah ye :P.
huh pengalam dekat HBUK orang biasa memang tak boleh dapatkan.
pelbagai jenis ragam, riaksi, perbuatan, laungan, peel yang luar biasa. tapi ade yang okay boleh bawak bermain dan menoonton TV bersama-sama... kadang kadang tu kami berasa kami kembali ke zaman kanak2 apabila melayan kerenah mereka.
ade seorang lecturer tu cakap, orang yang mempunyai masalah PSY or Mental Illness ni Allah pelihara kesihatan mereka, sebagai contoh, cuba tengok orang PSY yang merempat tepi jalan or something else, dieorg makan sampah right, Allah itu maha menyanyangi Dia telah mencipta antibody orang PSY ni high daripada kita orang biasa ni. so sebab tu kebanyakkannye PSY ni semuanya sehat, i mean sihat dari segi kesihatan luaran.
huh!! kalau nak cakap pasal PSY memang tak cukup untuk di type sahaja sebenarnya..
okay lah kita beralih pula ke bulan yang ketiga
KLINIK KESIHATAN BUNTONG PERAK
Unit Kesihatan Sekolah,
ha disinilah hadee belajar untuk memberi suntikan ATT,TT,HPV,MMR,Oral Polio..
kita semua pernah mendaptkan suntikan right,
time sekolah sekolah dulu ingat tak?? ade Nurse datang sekolah nak bagi injection tu, bergaduh2 suruh mmbe g inject dulu, haha
tapi memang betul pun, time hadee cucuk budak2 sekolah ni semua nya penakut, ade yang menangis walaupun dah Form 3, haha, macam macam...
budak sekolah rendah jangan cerita lah, sorang start menangis semua menangis, ibarat tangisan mereka tu macam pemula kepada tangisan budak lain haha. dekat Buntong ni kapsiti penduduknya majoriti adalah India,,
so kebanyakan sekolah yang hadee dan geng pergi adalah sekolah India..
memang pengalaman yang sangat seronok.
KLINIK KESIHATAN AYER TAWAR MANJUNG
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak,
dekat sini pulak hadee belaja cara mengendalikan ibu yang start kehamilan sehinggalah hendak bersalin,
huh! susah nak jadi seorang ibu ni,
kene berkorban segalanya, termasuklah waktu bekerja kerana TCA untuk lihat tumbesaran bayi dan tahap kesihatan ibu adalah penting.
macam2 jenis penyakit ibu bersalin anataranya ialah Pregnancy Induced Hypertesion, Anemia in Pregnancy, Gestational Diabetes Mellitus.
semasa hadee dekat klinik ni antara pemeriksaan rutin yang di jalankan ialah Antopometry iaitu,
pengukuran bayi yang mempunyai elemen, berat, tinggi, ukur lilitan kepala dan BMI. seronok bermain dengan kanak2 sebenarnya,
selain itu, di sini juga menanwarkan perkhidmatan untuk Pap's Smear untuk mengesan kanser Serviks dengan lebih awal...
selain itu, monthly checking untuk ibu hamil melihat ketinggian fundus sama dengan gestasi ibu hamil....
khidmat nasihat kaunseling untuk Preancang Keluarga juga turut di berikan.
kebanyakan ibu hamil ingin mendapatkan yang terbaik untuk anak yang mereka Kandungkan..
mari kita melangkah ke bulan yang terakhirbulan ke 4
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH
Wad 5B Medikal,
huh! pengalaman di wad medical ini merupakan pengalaman yang sangat seronok kerana hadee belajar3 macam2 disini.
pengambilan darah rutin, set IV line, dan macam2 lagi prosedur yang tidak biasa hadee lakukan.
memanglah orang cakap pengalaman tidak dapat di jual beli kerana berharganya pengalaman itu buat diri..staff di wad ni terbaikk, di hari2 last kami disini, Alhamdulillah mereka spend duit belanja kami Pizza Hut dan Domino's Pizza, haha bab makan hadee tak kompromi, bantai je ahaha
hmmm,, sangat seronok di semester 4 ni.
walaupun singkat tapi penuh bermanfaat....
TERIMA KASIH SEMUA <3




Sunday 27 October 2013

perkahwinan PLU cuma sandiwara??

Satu persatu kawan-kawan kita dan rakan seusia melangsungkan perkahwinan. Tak kiralah sama ada kawan kita di kampung atau pun yang sama-sama belajar ketika kita kita di kolej atau universiti. Tambah meruntun jiwa bila tengok kawan-kawan sudah beranak pinak dan kehulu-kehilir bersama isteri masing-masing. Rasa 'cemburu' dengan kawan-kawan begitu menebal sebab walaupun kita sesusia dengan dia, dia sudah mendapat apa yang kita idam-idamkan. Satu persatu kawan kita meninggalkan zaman bujang mula masuk ke alam hidup yang baru.

********** Dilema Naluri & Kahwin***********

Masalah utama yang dihadapi oleh golongan naluri songsang adalah tidak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Bukan kerana masalah kewangan kebanyakkannya, tapi masalah perasaan...takut kerana tidak boleh menyanyagi isteri sebagaimana dia menyangi kita dan takut jika masih meneruskan atau mengikut naluri songsang tersebut.

Inilah antara dua dilema yang menghantui kita dan menyebabkan kita teragak-agak dan was-was untuk berkahwin. Bukan tidak mahu berkahwin tapi belum masanya lagi. Kita perlukan masa untuk menjadi betul-betul bersedia. Siapa tidak mahu hidup berteman? Siapa tidak mahu mempunyai keluarga? Siapa tidak mahu mempunyai anak? Siapa tidak mahu bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama anak dan isteri?. Semua orang tidak kira mempunyai masalah nafsu songsang atau tidak paling tidak memyimpan hasrat untuk mengecapi semua ini. Inilah sebenarnya antara perkara-perkara yang membahagiakan kita dan itulah juga fitrah dan sifat semulajadi manusia yang mempunyai nafsu.

Sebenarnya, dalam benak fikiran kita akan sentiasa berlegar-legar....bolehkah kita menyayangi dia dan menyintainya. Bolehkah kita bernafsu dan melayan bakal isteri sebagaimana orang str8 melayan isteri-isteri mereka? Bolehkan bakal isteri kita menikmati keseronokan berkahwin sebagaimana orang yang str8?

*********1 Wajah 2 Identiti**********

Orang yang tidak diuji dengan perasaan ini tidak akan sesekali memahami dan faham apa yang kita rasai. Kecuali mereka yang berkawan atau sering berhubung dengan mereka yang diuji dengan naluri ini. Kalau orang yang bernaluri songsang pun tidak boleh memahami mereka yang juga mempunyai naluri songsang, apatah lagi mereka yang str8. Misalnya, dulu dalam diri aku ada kebencian, diskriminasi, dan pandangan yang tidak betul tentang golongan lembut. Terus terang aku katakan aku tidak selesa dan tidak suka dengan penampilan mereka. Mereka lelaki di luar, tapi beperwatakan macam wanita. Pada aku (pada waktu tu, dulu), mereka ini sengaja untuk memilih menjadi identiti wanita. Mereka sengaja menjadi lembut dengan mengada-adakan struktur tubuh dan lenggok bahasa yang sebegitu.

Tetapi, sebenarnya aku silap besar. Mereka menjadi begitu kerana naluri mereka mempunyai masalah. Naluri mereka adalah naluri songsang. Mempunyai naluri songsang ini adalah bukan pilihan kita. Ini adalah satu ujian untuk kita. Ujian untuk melawan naluri fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat pilihan untuk naluri kita. Meraikan naluri atau memandu naluri mengikut iman.....Aku mempunyai masalah yang sama dengan mereka yang aku gelarkan sebagai pondan/lembut. Kami dalam satu kapal yang sama. Kami mempunyai masalah naluri yang sama, cuma kategorinya sahaja berbeza. Naluri kami naluri songsang.......

Aku adalah seorang lelaki dan aku suka menjadi lelaki. Tapi masalahnya, naluri seksual perempuan terperangkap dalam dalam badan aku. Oh Tuhan...aku mempunyai naluri sukakan lelaki.....Besarnya ujian ini.........Tapi ingatlah ada lagi manusia yang diuji dengan masalah yang lebih besar. Tengoklah mereka yang lebih sengsara dari kita sepaya kita menjadi lebih tabah darinya dan bersyukur bahawa Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap tu. Tengoklah orang yang kurang derita dari kita, sekurang-kurangnya kita bersyukur kepada Allah bahawa Allah masih sayangkan kita dan Dia menguji kita supaya kita masih mengingati-Nya walaupun ada ketikanya kita tersesat. Hanya dengan ujian itu kita mengingati-Nya.

Perlu dingatkan juga bahawa meraka yang mempunyai naluri songsang ini kebanyakkannya adalah mereka yang dari luar memang str8. Sehinggakan kita tidak menyangka bahawa nalurinya songsang. Hanya mereka yang mempunyai naluri ini sahaja yang kadang-kadang boleh mengenali golongan yang sebegini. Tiada siapa dapat mengenali kita...hatta kawan sendiri...melainkan kita kantoi...haha...Kami adalah golongan lelaki yang kelihatan str8 dari luar, beperwatakan seperti lelaki dan boleh dikatakan apa watak yang lelaki str8 ada, 100% ada pada kami. Malah kebanyakkannya daripada kami ada rupa paras yang hensem atau paling tidak ada rupa. Mereka ini mempunyai kerjaya yang bukan calang-calang orang........doktor, pensyarah dan lain-lain. Cuma hanya satu yang membezakan kami dengan orang str8.......... naluri seksual.......

Oleh itu, tidak kisahlah kalau ibu bapa tidak mengenal naluri kita yang sebenar, abang dan kakak kita tidak mengenali naluri kita sebenarnya, apatah lagi orang yang tidak mempunyai perhubungan darah dengan kita...lagilah mereka tidak tahu......
  
******** Degree of Severity Kita Berbeza***************

Perlu kita ketahui bahawa mereka yang mempunyai naluri songsang ini mempunyai tahap kerosakan naluri yang berbeza-beza, macam skala. Ada yang tidak minat langsung walaupun sedikit dengan perempuan (kecelaruan identiti - sangat serius). Ada yang minat sikit, tapi tak sampai 50%. Ada yang 50,50 (kecelaruan identiti moderate-biseksual- tak semestinya biseksual ni 50,50). Tetapi kebanyakkannya adalah menyukai lelaki lebih 60%, dan selebihnya perempuan. Sebab itulah, ramai juga mereka yang mempunyai naluri songsang, tapi tetap juga berkahwin. Perlu diingatkan bernaluri gay dan menjalani kehidupan gay adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang hanya bernaluri gay, biasanya tidak terjebak dengan aktiviti yang berisiko. Mereka yang terlalu mengikut naluri sahaja akan menjalani kehidupan sebagai gay....

Untuk mengubah daripada naluri str8 kepada naluri songsang senang....Tapi untuk mengubah daripada naluri songsang kepada str8....sangat susah. Mereka yang str8 mungkin sahaja mudah untuk mengubah atau diubah nalurinya kepada biseksual dan gay. Tapi mereka yang telah dikurniakan dan dianugerahkan dengan naluri songsang...susah untuk kembali kepada naluri seksual normal.

*******Pilihan Di Tangan Kita********

Bukan mudah sebenarnya untuk membuat pilihan untuk berkahwin. Sebab keputusan yang kita buat adalah juga keputusan untuk menentukan hidup individu kedua......isteri kita. Kalau tersalah membuat pilihan, isteri kita akan merasai bahananya. Masalah naluri seksual kita bukan masalah kita seorang sebenarnya apabila kita telah bekeluarga. Ianya bakal menjadi satu masalah juga kepada bakal isteri kita sebenarnya. Salah perkiraan....ibu bapa dan bakal mertua akan diheret sama ke kancah masalah ini. Sebab itu, nilailah diri kita berdasarkan tahap atau degree of severity terhadap naluri seksual. Ini kerana ia boleh dijadikan satu petanda atau kayu pengukur sama ada kita mampu atau tidak menyayangi isteri kita.

Kedua, kembalilah kita kepada hukum asal perkahwinan. Kalau kita berkahwin, perkahwinan kita jatuh dalam hukum yang mana satu. Tanyalah iman kita, kalau kita berkahwin, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada keluarga kita, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada isteri kita....Sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami atau seorang ayah. Kahwin bukan seks semata-mata tetapi sudah bersediakah kita untuk memikul tangungjawab ini......

Ketiga, fikirlah atau pilihlah perkara yang memberi paling sedikit mudharat kepada kita. Sekiranya kita hanya ada dua pilihan dan kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang memudaratkan kita, pilihlah yang paling sikit memberi mudharat kepada kita. Kalau kita berkahwin, kita tidak mampu untuk mengawal naluri kita dan masih buat benda-benda yang tidak elok dibelakang isteri kita, lebih baik untuk tidak berkahwin kerana ianya akan 'menyakiti' isteri kita. Kalau kita berkahwin akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan maksiat yang lebih besar, maka lebih baik kita berkahwin.

Apapun...pilihan di tangan kita...hanya kita yang mampu membuat pilihan berdasarkan situasi kita. Sebab hanya kita yang faham situasi kita. Walaupun kita selalu merasai bahawa kita tidak layak untuk seseorang wanita sebab kita merasakan naluri ini membuatkan kita rasa diri kita 'jahat', tetapi kita kena ingat, kita manusia, ada kurangnya. Kita tak perfect....bakal isteri kita juga mungkin juga tidak perfect. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cari titik persamaan, murnikan sikap atau sifat yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain.


Tuesday 1 October 2013

Kelebihan dan Kekurangan Susu UHT dan Pasteur

Susu UHT (ultra high temperature) merupakan susu yang diolah menggunakan pemanasan pada suhu 1350 C dan dalam waktu yang singkat selama 2-5 saat
Susu pasteurisasi adalah susu yang sudah dipanaskan pada suhu 630 C selama 15 minit atau dipanaskan pada suhu 720 C selama 15 saat  yang biasa disebut dengan HTST (high tempetature short  time) pasteurisasi.

Kelebihan susu pasteurisasi
Untuk membunuh bakteri pathogen, iaitu bakteria-bakteria yang berbahaya karena dapat menimbulkan penyakit pada manusia (Mycobacterium tubercolosis)
Dapat memberikan atau menimbulkan cita rasa yang lebih menarik konsumer
Pada pasteurisasi susu, proses ini dapat menginaktifkan fosfatase dan katalase, iaitu enzim-enzim yang membuat susu cepat rosak.

Kekurangan Pateurisasi
Tidak bisa disimpan dalam suhu ruang, harus di dalam lemari pendingin.
Produk Susu Pasteurisasi mudah rusak bila terserang MO, memiliki masa simpan yang rendah terlebih apabila produk berada di tingkat pengecer/konsumen.
Pasteurisasi hanya mampu menghambat pertumbuhan spora tapi tidak dapat mematikan sporanya, terutama spora bakteri yang bersifat termoresisten alias tahan terhadap suhu tinggi.

Kelebihan susu UHT
Simpannya yang sangat panjang pada suhu kamar tanpa bahan pengawet dan tidak perlu dimasukkan ke peti sejuk. Jangka waktu ini lebih lama dari umur simpan produk susu cair lainnya seperti susu pasteurisasi.
Selain itu susu UHT merupakan susu yang sangat higienis karena bebas dari seluruh mikroba (patogen/penyebab penyakit dan pembusuk) serta spora sehingga potensi kerusakan mikrobiologis sangat minimal, bahkan hampir tidak ada. 

Kekurangan UHT
Cita rasanya tidak sesegar susu pasteurisasi.
Dengan pemanasan yang tinggi membuat zat gizi yang ada pada susu sedikit berkurang.

Antara brand yang blogger minat ialah 





 haha, korang semua try la best taw,
lagi pun susu ni less sugar jugak lah sebab dia gunakan manis buah sahaja 
blogger selalu gak la minum ni dan boleh kate favourite minuman blogger :)
k la tu je untuk dishare tata",


Biodata Adi Putra


entry kali ni hadi nak bawakkan pelakon dan penyanyi yang handsome dan kacak dari singapura ni sapa yang tak kenal dia ni dah la encem kacak pulak tu kan. hehe :) btw hope korang enjoy la :)

NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim

TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981

ASAL: Singapura

KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik

ISTERI: Aida Yusof

PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura

KELAB PEMINAT ADI PUTRA: Hotlovers
Peminat boleh mendapatkan perkembangan lanjut menerusi fan page Ady Putra Fanpage, laman sosial facebook Adphotlovers dan twitter @ADPadiputra dan @ADPutrahot.

DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Salam Terakhir, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Suria Di Cordoba, Tentang Dhia, Maharku Untukmu

FILEM:Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster 1 dan 2, Don2, Hanyut, Ngorat, Aku Terima Nikahnya, Isyarat Cinta (Suhan Movies), Langggar

TEATER: Rubiah, Sri Mersing

ALBUM: Kelahiran (2008)

disini ade koleksi gambar adi putra yang baru jugak lah, dalam cerita KL Gangster 2 tu, awesome gila rambut dia...







saat aku melabuhkan tirai cinta

hmm, mybe dah lama aku tak jatuh cinta macam ni,
mungkin tiba saatnya kini untuk aku mula membuka hati menerima orang baru dalam hidup.
tapi untuk mempertahankan sesuatu hubungan tu bukan senang, ia memerlukan pengorbanan dan kesetiaan dan kejujuran yang sangat gitu..
bukan senang nak menjaga hati dan perasaan kekasih kan,
so apa yang ada didepan mata tu hargailah,jangan biarkan mereka pergi...
susah untuk aku menerima jika seseorang yang hadir dalam hidup dan kian pegi perlahan-lahan..
namun dengan hati yang terbuka aku inginkan kesetiaan nya!!
insyaAllah hubungan yang kami jalankan ini dapat memberi manfaat kepada kami berdua :)
huh! dalam banyak-banyak hubungan, hubungan cinta lah yang semua orang nak dan merasai kan,
sebab cinta adalah sesuatu yang suci, tetapi buta....
cinta sejati bukan pada perempuan je, tapi cinta yang hakiki adalah kepada maha pencipta kita Allah SWT.
insyaAllah cinta dunia yang dicari ni tidak menyebabkan satu pertiga malamku dicuri untuk bermunajat kepadaMu.
dalam sedar tak sedar, sekarang dah masuk bulan 10, hampir suku tahun terakhir dan kita hidup di 2013 ini.
mari mari kita flash back semula apa yang kita lakukan huh! *muhasabah sekejap...
ya Allah aku harapkan yang terbaikk untuk diri ku keluarga ku dan rakan rakan ku dan juga umat islam didunia ini.
okay lah diharapkan entry kali ni dapat sedikit sebanyak perkongsian walaupun tak berapa nak best.
thank you..




Sunday 29 September 2013

Jangan Ambil Garamnya Sahaja

Aku tertarik dengan sebuah artikel yang aku lupa sumbernya. 
Kalau tidak salah artikel itu berjudul "Jangan Ambil Garamnya Saja." 
Artikel tersebut menggambarkan bagaimana kita melaksanakan perintah Allah yang satu tapi kemudian meninggalkan perintah yang lainnya. Penulisnya dengan cerdas menganalogikan hal tersebut seperti saat memasak rendang. Tidak mungkin hanya memasak daging tanpa garam atau tidak mungkin juga memasak masing-masing bahan kemudian baru memakannya secara bersama-sama. Tak terbayang apa rasanya, karena memang cara memasak yang tepat adalah memasukkan daging bersama dengan semua bumbunya dengan pas. 
Barulah tersedia rendang daging yang lezat. Demikian pula saat melaksanakan perintah Allah. Kelezatan iman tidak akan terasa oleh kita, jika kita rajin beribadah tapi sekaligus sering berbuat maksiat.
Sama halnya ketika menikah. Pernikahan adalah sebuah ikatan agung yang menyatukan dua insan yang berbeda. Dan kita sepenuhnya tahu bahwa kita dan pasangan masing-masing memiliki kekhasan, baik dari segi karakter, perilaku, pemikiran dan kebiasaan. Kekhasan yang menurut orang-orang akan menjurus pada perbedaan. Namun aku sepakat untuk menjadikan kekhasan bukan sebagai perbedaan, tetapi lebih sebagai variasi yang justru akan menimbulkan ide-ide kreatif dalam hidup berumah tangga. Bayangkan saja kalau semuanya sama….. Wah ngga’ ada tantangannya.
Tetapi, banyak orang yang seringkali terjebak pada jurang perbedaan yang akhirnya memicu konflik pada pernikahannya. Mereka mengatasnamakan perbedaan sebagai kelemahan, kekurangan, atau apalah. Ujung-ujungnya “kita cerai saja!!!!” Lalu apa sebenarnya visi awal mereka ketika menikah?
Kadang orang hanya memandang secara parsial ketika memilih pasangan. Yang penting tajir, ganteng, cantik, tinggi, putih, merah kuning, ijo (lho.. lho… kok jadi lagu balonku) mereka langsung ketok palu. “Yesss.. ini dia pasangan idamanku”. Tetapi begitu mereka menemukan perbedaan atau kekurangan pasangan, maka yang ada hanya penyesalan. Padahal kita pun tahu bahwa setiap orang punya kelebihan sekaligus kekurangan yang kesemuanya sudah menyatu dalam satu paket.
Ada juga yang hanya menikah karena hanya memikirkan yang enak-enak saja. Tidak heran jika ditanya bagaimana rasanya menikah ada yang menjawab "yang 1 persen enak yang 99 persen ueeenak tenan".... Tapi ada yang berubah setelah memasuki beberapa tahun usia pernikahan. Ada yang mengatakan "yang 1 persen indah yang 99 persen masalah." Saat mereka tidak mampu memenej konflik yang mereka dapati, maka dengan mudah komitmen mereka berguguran.
Persis seperti memasak rendang tadi, tidak bisa hanya memasak daging dan garam tanpa mengambil santan dan bahan lainnya. Atau hanya mengambil garam, sementara bahan-bahan penting lainnya ditinggalkan. Menikah adalah saat dimana aku harus siap menerima apa yang ada pada dirinya. Baik kelebihan maupun kekurangan. Tidak hanya sekedar menuntut, tapi juga harus belajar menerima. Seperti kata Asy syahid Hasan al Banna “kerjasama dalam persamaan, dan toleransi dalam perbedaan....



ICT River Cross Tanjung Rambutan

Wah tak ku sangka dah dua tahun bermastautin dekat Tanjung Rambutan, Perak ni macam macam perubahan dan berlaku. Tg. Rambutan kini telah berubah wajah menjadi pekan bercahaya. persisiran sungai tu dah diterangi dengan cahaya lampu pokok tiruan yang telah dibina. memang tak dinafikan sekarang ni, macam macam teknologi yang ada, cuma tinggal nak mengaplikasikan ia atau tak. hehe. dekat entry ni ade lah sikit dua tiga gambar ICT Tanjung Rambutan River Cross. enjoy la.


ha, dalam gambar ni pokok tak full just snap mana yang mampu je, bawah tu dekat batu-batu tu sungai, air boleh tahan la jernih dia sebab aliran air terjun gak tu hehe =P


haha rosak gambar, ade lak terselit belakang tu haha btw nama dia Shahfiq


haha sempat lagi pose.. btw masa ni baru balik dinner so singgah kejap je..


ini harith, roomate aku semester ni haha, orang Johor, dah berpunye dah, sory girls. =P


Thursday 19 September 2013

Lelaki dan kecantikan??

hmm. zaman sekarang ni zaman moden kan, so tak up to date la kalo tak lelaki tak masculine ni.
sekarang ni produk penjagaan kulit bagi lelaki dah bersepah dekat pasaran kan.
so tak kesah la sekarang lelaki lebih ramai berkulit cantik daripada wanita.
bukan nak cakap la ade jugak sesetengah wanita mengabaikan hygeine diri tu kan.
bagi hadee menjaga kebersihan diri terutama bagi lelaki amat perlu.
nak jadi model pun kene cantik kan, baru lah ramai yang offer job haha.
ha macam hadee minat dengan produk keluaran nivea for men,
sebab serasi dengan kulit dan selesa
antara produk penjagaan muka untuk lelaki yg hadee guna adalah
<3 i like to use Nivea products <3
ha!! ade jugak tips untuk mereka yang yang sempoi bak kate orang leceh nak beli banyak produk,
nivea for men datang dengan 3 in 1 iaitu SHOWER, SHAVE, SHAMPOO so bagi lelaki yang nakkan gaya hidup yang senang dan sempoi boleh lah try. sebab macam hadee seorang yang berjambang, so rasa mudah lah bila menggunakan produk ni.
bagi hadee harga tak mendatangkan masalah selagi benda ni mendatangkan maafaat kepada hadee. 
so dengan sedikit perkongsian ni boleh lah membuka hati minda orang dekat luar tu tentang produk produk kecantikan lelaki dekat luar tu. 
untuk maklumat lanjut korang boleh lah berkunjung dekat laman web ni.


k lah hadee harap entry kali ni dapat lah korang sedikit pengetahuan tentang kecantikan dan lelaki.
hehe curi update time break hour kerja ni.
thanks",