Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Sunday 27 October 2013

perkahwinan PLU cuma sandiwara??

Satu persatu kawan-kawan kita dan rakan seusia melangsungkan perkahwinan. Tak kiralah sama ada kawan kita di kampung atau pun yang sama-sama belajar ketika kita kita di kolej atau universiti. Tambah meruntun jiwa bila tengok kawan-kawan sudah beranak pinak dan kehulu-kehilir bersama isteri masing-masing. Rasa 'cemburu' dengan kawan-kawan begitu menebal sebab walaupun kita sesusia dengan dia, dia sudah mendapat apa yang kita idam-idamkan. Satu persatu kawan kita meninggalkan zaman bujang mula masuk ke alam hidup yang baru.

********** Dilema Naluri & Kahwin***********

Masalah utama yang dihadapi oleh golongan naluri songsang adalah tidak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Bukan kerana masalah kewangan kebanyakkannya, tapi masalah perasaan...takut kerana tidak boleh menyanyagi isteri sebagaimana dia menyangi kita dan takut jika masih meneruskan atau mengikut naluri songsang tersebut.

Inilah antara dua dilema yang menghantui kita dan menyebabkan kita teragak-agak dan was-was untuk berkahwin. Bukan tidak mahu berkahwin tapi belum masanya lagi. Kita perlukan masa untuk menjadi betul-betul bersedia. Siapa tidak mahu hidup berteman? Siapa tidak mahu mempunyai keluarga? Siapa tidak mahu mempunyai anak? Siapa tidak mahu bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama anak dan isteri?. Semua orang tidak kira mempunyai masalah nafsu songsang atau tidak paling tidak memyimpan hasrat untuk mengecapi semua ini. Inilah sebenarnya antara perkara-perkara yang membahagiakan kita dan itulah juga fitrah dan sifat semulajadi manusia yang mempunyai nafsu.

Sebenarnya, dalam benak fikiran kita akan sentiasa berlegar-legar....bolehkah kita menyayangi dia dan menyintainya. Bolehkah kita bernafsu dan melayan bakal isteri sebagaimana orang str8 melayan isteri-isteri mereka? Bolehkan bakal isteri kita menikmati keseronokan berkahwin sebagaimana orang yang str8?

*********1 Wajah 2 Identiti**********

Orang yang tidak diuji dengan perasaan ini tidak akan sesekali memahami dan faham apa yang kita rasai. Kecuali mereka yang berkawan atau sering berhubung dengan mereka yang diuji dengan naluri ini. Kalau orang yang bernaluri songsang pun tidak boleh memahami mereka yang juga mempunyai naluri songsang, apatah lagi mereka yang str8. Misalnya, dulu dalam diri aku ada kebencian, diskriminasi, dan pandangan yang tidak betul tentang golongan lembut. Terus terang aku katakan aku tidak selesa dan tidak suka dengan penampilan mereka. Mereka lelaki di luar, tapi beperwatakan macam wanita. Pada aku (pada waktu tu, dulu), mereka ini sengaja untuk memilih menjadi identiti wanita. Mereka sengaja menjadi lembut dengan mengada-adakan struktur tubuh dan lenggok bahasa yang sebegitu.

Tetapi, sebenarnya aku silap besar. Mereka menjadi begitu kerana naluri mereka mempunyai masalah. Naluri mereka adalah naluri songsang. Mempunyai naluri songsang ini adalah bukan pilihan kita. Ini adalah satu ujian untuk kita. Ujian untuk melawan naluri fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat pilihan untuk naluri kita. Meraikan naluri atau memandu naluri mengikut iman.....Aku mempunyai masalah yang sama dengan mereka yang aku gelarkan sebagai pondan/lembut. Kami dalam satu kapal yang sama. Kami mempunyai masalah naluri yang sama, cuma kategorinya sahaja berbeza. Naluri kami naluri songsang.......

Aku adalah seorang lelaki dan aku suka menjadi lelaki. Tapi masalahnya, naluri seksual perempuan terperangkap dalam dalam badan aku. Oh Tuhan...aku mempunyai naluri sukakan lelaki.....Besarnya ujian ini.........Tapi ingatlah ada lagi manusia yang diuji dengan masalah yang lebih besar. Tengoklah mereka yang lebih sengsara dari kita sepaya kita menjadi lebih tabah darinya dan bersyukur bahawa Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap tu. Tengoklah orang yang kurang derita dari kita, sekurang-kurangnya kita bersyukur kepada Allah bahawa Allah masih sayangkan kita dan Dia menguji kita supaya kita masih mengingati-Nya walaupun ada ketikanya kita tersesat. Hanya dengan ujian itu kita mengingati-Nya.

Perlu dingatkan juga bahawa meraka yang mempunyai naluri songsang ini kebanyakkannya adalah mereka yang dari luar memang str8. Sehinggakan kita tidak menyangka bahawa nalurinya songsang. Hanya mereka yang mempunyai naluri ini sahaja yang kadang-kadang boleh mengenali golongan yang sebegini. Tiada siapa dapat mengenali kita...hatta kawan sendiri...melainkan kita kantoi...haha...Kami adalah golongan lelaki yang kelihatan str8 dari luar, beperwatakan seperti lelaki dan boleh dikatakan apa watak yang lelaki str8 ada, 100% ada pada kami. Malah kebanyakkannya daripada kami ada rupa paras yang hensem atau paling tidak ada rupa. Mereka ini mempunyai kerjaya yang bukan calang-calang orang........doktor, pensyarah dan lain-lain. Cuma hanya satu yang membezakan kami dengan orang str8.......... naluri seksual.......

Oleh itu, tidak kisahlah kalau ibu bapa tidak mengenal naluri kita yang sebenar, abang dan kakak kita tidak mengenali naluri kita sebenarnya, apatah lagi orang yang tidak mempunyai perhubungan darah dengan kita...lagilah mereka tidak tahu......
  
******** Degree of Severity Kita Berbeza***************

Perlu kita ketahui bahawa mereka yang mempunyai naluri songsang ini mempunyai tahap kerosakan naluri yang berbeza-beza, macam skala. Ada yang tidak minat langsung walaupun sedikit dengan perempuan (kecelaruan identiti - sangat serius). Ada yang minat sikit, tapi tak sampai 50%. Ada yang 50,50 (kecelaruan identiti moderate-biseksual- tak semestinya biseksual ni 50,50). Tetapi kebanyakkannya adalah menyukai lelaki lebih 60%, dan selebihnya perempuan. Sebab itulah, ramai juga mereka yang mempunyai naluri songsang, tapi tetap juga berkahwin. Perlu diingatkan bernaluri gay dan menjalani kehidupan gay adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang hanya bernaluri gay, biasanya tidak terjebak dengan aktiviti yang berisiko. Mereka yang terlalu mengikut naluri sahaja akan menjalani kehidupan sebagai gay....

Untuk mengubah daripada naluri str8 kepada naluri songsang senang....Tapi untuk mengubah daripada naluri songsang kepada str8....sangat susah. Mereka yang str8 mungkin sahaja mudah untuk mengubah atau diubah nalurinya kepada biseksual dan gay. Tapi mereka yang telah dikurniakan dan dianugerahkan dengan naluri songsang...susah untuk kembali kepada naluri seksual normal.

*******Pilihan Di Tangan Kita********

Bukan mudah sebenarnya untuk membuat pilihan untuk berkahwin. Sebab keputusan yang kita buat adalah juga keputusan untuk menentukan hidup individu kedua......isteri kita. Kalau tersalah membuat pilihan, isteri kita akan merasai bahananya. Masalah naluri seksual kita bukan masalah kita seorang sebenarnya apabila kita telah bekeluarga. Ianya bakal menjadi satu masalah juga kepada bakal isteri kita sebenarnya. Salah perkiraan....ibu bapa dan bakal mertua akan diheret sama ke kancah masalah ini. Sebab itu, nilailah diri kita berdasarkan tahap atau degree of severity terhadap naluri seksual. Ini kerana ia boleh dijadikan satu petanda atau kayu pengukur sama ada kita mampu atau tidak menyayangi isteri kita.

Kedua, kembalilah kita kepada hukum asal perkahwinan. Kalau kita berkahwin, perkahwinan kita jatuh dalam hukum yang mana satu. Tanyalah iman kita, kalau kita berkahwin, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada keluarga kita, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada isteri kita....Sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami atau seorang ayah. Kahwin bukan seks semata-mata tetapi sudah bersediakah kita untuk memikul tangungjawab ini......

Ketiga, fikirlah atau pilihlah perkara yang memberi paling sedikit mudharat kepada kita. Sekiranya kita hanya ada dua pilihan dan kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang memudaratkan kita, pilihlah yang paling sikit memberi mudharat kepada kita. Kalau kita berkahwin, kita tidak mampu untuk mengawal naluri kita dan masih buat benda-benda yang tidak elok dibelakang isteri kita, lebih baik untuk tidak berkahwin kerana ianya akan 'menyakiti' isteri kita. Kalau kita berkahwin akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan maksiat yang lebih besar, maka lebih baik kita berkahwin.

Apapun...pilihan di tangan kita...hanya kita yang mampu membuat pilihan berdasarkan situasi kita. Sebab hanya kita yang faham situasi kita. Walaupun kita selalu merasai bahawa kita tidak layak untuk seseorang wanita sebab kita merasakan naluri ini membuatkan kita rasa diri kita 'jahat', tetapi kita kena ingat, kita manusia, ada kurangnya. Kita tak perfect....bakal isteri kita juga mungkin juga tidak perfect. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cari titik persamaan, murnikan sikap atau sifat yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain.


Tuesday 1 October 2013

Kelebihan dan Kekurangan Susu UHT dan Pasteur

Susu UHT (ultra high temperature) merupakan susu yang diolah menggunakan pemanasan pada suhu 1350 C dan dalam waktu yang singkat selama 2-5 saat
Susu pasteurisasi adalah susu yang sudah dipanaskan pada suhu 630 C selama 15 minit atau dipanaskan pada suhu 720 C selama 15 saat  yang biasa disebut dengan HTST (high tempetature short  time) pasteurisasi.

Kelebihan susu pasteurisasi
Untuk membunuh bakteri pathogen, iaitu bakteria-bakteria yang berbahaya karena dapat menimbulkan penyakit pada manusia (Mycobacterium tubercolosis)
Dapat memberikan atau menimbulkan cita rasa yang lebih menarik konsumer
Pada pasteurisasi susu, proses ini dapat menginaktifkan fosfatase dan katalase, iaitu enzim-enzim yang membuat susu cepat rosak.

Kekurangan Pateurisasi
Tidak bisa disimpan dalam suhu ruang, harus di dalam lemari pendingin.
Produk Susu Pasteurisasi mudah rusak bila terserang MO, memiliki masa simpan yang rendah terlebih apabila produk berada di tingkat pengecer/konsumen.
Pasteurisasi hanya mampu menghambat pertumbuhan spora tapi tidak dapat mematikan sporanya, terutama spora bakteri yang bersifat termoresisten alias tahan terhadap suhu tinggi.

Kelebihan susu UHT
Simpannya yang sangat panjang pada suhu kamar tanpa bahan pengawet dan tidak perlu dimasukkan ke peti sejuk. Jangka waktu ini lebih lama dari umur simpan produk susu cair lainnya seperti susu pasteurisasi.
Selain itu susu UHT merupakan susu yang sangat higienis karena bebas dari seluruh mikroba (patogen/penyebab penyakit dan pembusuk) serta spora sehingga potensi kerusakan mikrobiologis sangat minimal, bahkan hampir tidak ada. 

Kekurangan UHT
Cita rasanya tidak sesegar susu pasteurisasi.
Dengan pemanasan yang tinggi membuat zat gizi yang ada pada susu sedikit berkurang.

Antara brand yang blogger minat ialah 





 haha, korang semua try la best taw,
lagi pun susu ni less sugar jugak lah sebab dia gunakan manis buah sahaja 
blogger selalu gak la minum ni dan boleh kate favourite minuman blogger :)
k la tu je untuk dishare tata",


Biodata Adi Putra


entry kali ni hadi nak bawakkan pelakon dan penyanyi yang handsome dan kacak dari singapura ni sapa yang tak kenal dia ni dah la encem kacak pulak tu kan. hehe :) btw hope korang enjoy la :)

NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim

TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981

ASAL: Singapura

KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik

ISTERI: Aida Yusof

PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura

KELAB PEMINAT ADI PUTRA: Hotlovers
Peminat boleh mendapatkan perkembangan lanjut menerusi fan page Ady Putra Fanpage, laman sosial facebook Adphotlovers dan twitter @ADPadiputra dan @ADPutrahot.

DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Salam Terakhir, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Suria Di Cordoba, Tentang Dhia, Maharku Untukmu

FILEM:Anak Halal, Akhirat, Histeria, KL Gangster 1 dan 2, Don2, Hanyut, Ngorat, Aku Terima Nikahnya, Isyarat Cinta (Suhan Movies), Langggar

TEATER: Rubiah, Sri Mersing

ALBUM: Kelahiran (2008)

disini ade koleksi gambar adi putra yang baru jugak lah, dalam cerita KL Gangster 2 tu, awesome gila rambut dia...







saat aku melabuhkan tirai cinta

hmm, mybe dah lama aku tak jatuh cinta macam ni,
mungkin tiba saatnya kini untuk aku mula membuka hati menerima orang baru dalam hidup.
tapi untuk mempertahankan sesuatu hubungan tu bukan senang, ia memerlukan pengorbanan dan kesetiaan dan kejujuran yang sangat gitu..
bukan senang nak menjaga hati dan perasaan kekasih kan,
so apa yang ada didepan mata tu hargailah,jangan biarkan mereka pergi...
susah untuk aku menerima jika seseorang yang hadir dalam hidup dan kian pegi perlahan-lahan..
namun dengan hati yang terbuka aku inginkan kesetiaan nya!!
insyaAllah hubungan yang kami jalankan ini dapat memberi manfaat kepada kami berdua :)
huh! dalam banyak-banyak hubungan, hubungan cinta lah yang semua orang nak dan merasai kan,
sebab cinta adalah sesuatu yang suci, tetapi buta....
cinta sejati bukan pada perempuan je, tapi cinta yang hakiki adalah kepada maha pencipta kita Allah SWT.
insyaAllah cinta dunia yang dicari ni tidak menyebabkan satu pertiga malamku dicuri untuk bermunajat kepadaMu.
dalam sedar tak sedar, sekarang dah masuk bulan 10, hampir suku tahun terakhir dan kita hidup di 2013 ini.
mari mari kita flash back semula apa yang kita lakukan huh! *muhasabah sekejap...
ya Allah aku harapkan yang terbaikk untuk diri ku keluarga ku dan rakan rakan ku dan juga umat islam didunia ini.
okay lah diharapkan entry kali ni dapat sedikit sebanyak perkongsian walaupun tak berapa nak best.
thank you..