Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Tuesday 21 January 2014

6 LANGKAH UBAH WAJAH BILIK TIDUR

6-Langkah-Ubah-Wajah-Bilik-
Sarung kusyen, sarung sofa dan permaidani di ruang tamu sudah bertukar baru. Begitu juga dengan kemasan langsir dan alas meja. Semua serba baru, maklumlah raya hampir tiba. Terlalu fokus dengan ruang tamu dan ruang makan hingga terabai dengan keperluan hiasan di bilik tidur.
Bilik-Tidur-1
Pernah berhadapan dengan keadaan, tetamu minta izin menggunakan bilik tidur untuk menukar pakaian atau hendak menidurkan anak yang meragam? Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan, bilik tetamu pun sudah dihuni saudara-mara dari jauh, jadi terpaksalah anda membenarkan tetamu tadi menggunakan bilik tidur anda. Apa agaknya akan terjadi seandainya keadaan bilik tidur anda bersepah dan berkecah?
Bilik-Tidur-2
Ramai bertanggapan bilik tidur tidak perlu dihias cantik seperti di ruang tamu atau ruang makan kerana ia jarang atau tidak pernah pun dijenguk tetamu. Sebenarnya bilik tidur juga perlu dihias cantik lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai bilik tetamu. Bayangkan jika ada tetamu yang membawa anak kecil dan memohon keizinan untuk menyusu atau menidurkan anak, jadi untuk mengelakkan gangguan dari suasana bising dan ruang privasi, maka tiada lagi tempat yang sesuai melainkan bilik tidur.
Bilik-Tidur-3
Berikut saya senaraikan beberapa ilham menghias semula bilik tidur. Ada yang perlu atau mesti dibuat awal dan ada yang boleh dilakukan pada saat-saat akhir iaitu pada pagi 1 Syawal.

1. Cat Semula
Sebaik-baiknya dibuat sebulan awal sebelum berhari raya. Tetapi jika anda seorang yang sangat cekap mengecat, anda boleh mengecat sebahagian dinding dengan warna terang sebagai titik tumpu. Dengan mengecat semula dinding atau sebahagiannya menggunakan warna terang, anda pasti merasai perubahan suasana dalam bilik sekelip mata. Bilik tidur pun akan nampak lebih segar dan ceria.

2. Teknik Span
Gunakan teknik span dan mencipta corak menarik di atas permukaan dinding yang masih elok keadaan catnya.

3. Pasang Langsir
Pasang langsir baru atau padankan corak langsir dengan tema cadar supaya suasana bilik tampil lebih manis.

4. Ambal
Hamparkan ambal atau permaidani berukuran kecil. Anda perlu bijak meletakkan permaidani di tempat yang betul agar ia menjadi titik tumpu dan memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur. Pilih corak dan tekstur yang sesuai dengan gaya bilik tidur.

5. Tukar Cadar
Tambah seri bilik tidur dengan penggunaan set cadar baru. Home’s Harmony menawarkan aneka set cadar pada harga berpatutan. Set cadar dari himpunan Jean Perry dari Paris yang dihasilkan 100 peratus daripada combed cotton sateen sungguh lembut membelai tubuh badan sewaktu anda tidur.
Bagi yang lebih gemar kepada bahan semula jadi, Home’s Harmony Jean Perry Eco Silk dan Gemora Lavinia Classic Eco Silk dengan kadar serapan tinggi membantu menyesuaikan suhu badan anda agar anda tidur dengan lebih selesa.

6. Tambah Perabot Atau Hiasan
Tambah perabot atau hiasan. Sama ada jambangan bunga segar atau lampu berterendak di atas meja ataupun lampu berkaki tinggi, otoman atau sofa bersayap di sudut yang sesuai.


No comments: