Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Saturday 25 January 2014

Isu Kalimah "Allah"

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menghalang usaha terancang pihak tertentu untuk membolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di negara ini. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata usaha itu perlu disekat kerana niat sebenar pihak berkenaan adalah untuk menarik orang Islam di Malaysia murtad dan menganut Kristian. 
“Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana ia tidak ada dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam. 
“Di zaman pemerintahan British dulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha terancang pihak tertentu untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat Islam di negara ini. 
“Sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Hak Asasi Manusia dalam Islam di sini, pagi, semalam. 
Dr Mahathir berkata kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.


No comments: