Selamat Datang ke Blog Hadee Hamdan, jangan lupa untuk Follow ye dan Terima Kasih sebab sudi luangkan masa membaca. Hadee harap info yang disharekan ni dapat memberi sedikit ilmu untuk pembaca semua

Tuesday 28 January 2014

Zikir Terapi Diri

PERCAYA atau tidak zikir terapi yang diadun bersama dengan alunan muzik boleh membantu dalam menjayakan sesuatu kaedah rawatan menerusi perubatan alternatif. 
Hafiz Hamidun 
yang mempopularkan irama zikir yang berteraskan ayat-ayat al-Quran turut merasai kesannya sewaktu dia menjalani pembedahan mata baru-baru ini. Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, dia mengakui irama zikir terapi banyak membantunya meringankan tekanannya sewaktu proses pembedahan itu dijalankan.
"Pembedahan itu dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad pada Mei tahun lepas. Masa pembedahan itu lagu-lagu zikir terapi telah dipasang dan saya telah menghayatinya.
"Walaupun pembedahan secara lasik bagi membetulkan selaput mata itu dilakukan dalam keadaan saya sedar tanpa menggunakan ubat bius tetapi saya tidak berasa sakit.
"Lima belas minit daripada rakaman pembedahan mata saya itu telah disiarkan di laman video YouTube di Internet dan sehingga kini ia ditonton oleh lebih 45,000 penonton," katanya kepada Hits.
Hafiz mendedahkan tentang keberkesanan zikir terapi bukan sahaja untuk tujuan hiburan tetapi juga membantu dalam kaedah perubatan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pada majlis itu dia yang juga seorang pengacara melancarkan album Zikir Terapi keduanya terbitan syarikatnya, Arteffects Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Warner Music sejak bulan lalu.
Selepas pembedahan itu yang turut dibantu dengan alunan irama lagu-lagu zikir terapi nyanyiannya matanya yang rabun kini telahpun pulih seperti sediakala.
"Kebetulan selepas pembedahan itu, pada sebelah malamnya saya ada persembahan nyanyian. Sebelum persembahan itu saya sempat menunaikan solat fardhu Maghrib.
"Alangkah terkejutnya saya apabila saya buat pertama kalinya dapat melihat gambar di sejadah saya dengan jelas tanpa menggunakan cermin mata sejak 15 tahun lamanya.
"Ketika solat Maghrib itu hati saya sebak kerana Allah telah memberikan semula nikmat penglihatan kepada saya. Saya menelefon Dr. Muhaya dan ucapkan terima kasih kepadanya.
"Saya anggap tidak sia-sia album Zikir Terapi 1 yang saya terbitkan sebelum ini kerana ia membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan termasuk saya sendiri," ujarnya.
Tambah penyanyi berusia 29 tahun ini, dia yakin lagu-lagu berkonsepkan irama zikir terapi yang berteraskan ayat-ayat al-Quran semakin menjadi perhatian dalam masyarakat.
Kata Hafiz, banyak pusat-pusat perubatan termasuklah juga pusat-pusat spa yang menyiarkan lagu-lagu seperti itu dalam premis-premis mereka.
"Kalau dulu orang gunakan lagu-lagu zikir terapi ini untuk menghafal ayat-ayat yang baik-baik terutama ayat-ayat al-Quran tetapi sekarang ia menjadi peneman orang sakit pula," katanya.


No comments: